Polis Wanita Disuruh Siasat Kes Curi Di Bank, Tapi Terjatuh Cinta Pula Dengan Suspek

Seorang polis wanita yang ditugaskan untuk menyiasat satu kes kecurian wang di bank didakwa telah menyalahgunakan kuasanya. Polis Wanita Disuruh Siasat Kes Curi Di Bank, Tapi Terjatuh Cinta Pula Dengan SuspekHal ini kerana polis wanita yang dikenali sebagai Madina Shukenova, 24 itu telah menjalinkan hunbungan dengan suspek kes tersebut iaitu seorang lelaki yang dikenali sebagai Mikhail Serbin yang berusia 22 tahun.

Shukenova dilaporkan media sebagai seorang polis wanita yang sangat sukakan dan cintakan Serbin yang menjadi suspek utama kes kecurian wang di bank.Polis Wanita Disuruh Siasat Kes Curi Di Bank, Tapi Terjatuh Cinta Pula Dengan Suspek

Shukenova yang merupakan lulusan Akademi Kementerian Dalam Negeri pada 2019 terpikat dengan Serbin ketika dia ditugaskan mengendalikan kes berkenaan di bandar Omsk.

Entah bagaimana ianya bermula ,tetapi kedua-duanya dikatakan telah menjalin hubungan cinta pada tahun ini. Malah Madina Shukenova telah mengaku secara terus-terang bahawa dia mencintai Serbin.

Polis Wanita Disuruh Siasat Kes Curi Di Bank, Tapi Terjatuh Cinta Pula Dengan Suspek
Madina Shukenova

Susulan hubungan mereka diketahu orang, Madina Shukenova kemudiannya didakwa dengan tuduhan menyalahgunakan kuasa kerana tidak mendedahkan hubungannya dan tidak menarik diri daripada kes yang melibatkan Serbin.

Polis Wanita Disuruh Siasat Kes Curi Di Bank, Tapi Terjatuh Cinta Pula Dengan Suspek
Mikhail Serbin

Jika didapati bersalah, Madina Shukenova kemungkinan akan dilucutkan jawatan manakala pihak atasannya juga mungkin dihukum sekali kerana membiarkan orang bawahannya, Madina Shukenova menjalin hubungan dengan suspek kes.

Facebook Comments Box