Pressure Cooker Tiba-tiba Meletup, Isi Periuk Berhampuran Keluar Dan Wanita Terkena Kuah Sup Panas

Tragedi berlaku pada 15 September lalu, seorang wanita yang sedang memasak sup tulang untuk keluarganya tiba-tiba dikejutkan apabila periuk tekanan (pressure cooker) di rumahnya tiba-tiba meletup sehingga menyebabkan wanita ini mengalami kecederaan yang agak parah. Pressure Cooker Tiba-tiba Meletup, Isi Periuk Berhampuran Keluar Dan Wanita Terkena Kuah Sup Panas - sajagempak.com

Mengimbas kembali kejadian tersebut, wanita yang dikenali sebagai Nurnadia Haris berkata ketika itu dia sedang memasak sup tulang untuk hidangan mereka sekeluarga.

“Waktu nak buka penutup periuk untuk masukkan bahan batang saderi dan daun sup , ia macam tersekat dan ketat. Saya minta adik tolong, pun tak boleh. Saya fikir, tak apalah… lagi setengah jam saya buat semula.

“Waktu saya nak berlalu dari periuk tu, tiba-tiba terdengar bunyi macam wap. Saya pusing balik sebab ingat plug tak tutup. Serentak itu, isi dalam periuk terus berhamburan keluar dari penutup yang terbuka tiba-tiba.

 Pressure Cooker Tiba-tiba Meletup, Isi Periuk Berhampuran Keluar Dan Wanita Terkena Kuah Sup Panas - sajagempak.com

“Kuah sup yang panas terkena tubuh saya dari bahagian bawah mata hingga ke pusat,” katas Nurnadia.

Nurnadia segera bergegas ke bilik air dan segera menyiram tubuhnya menggunakan shower selama 30 minit. Dia kemudiannya dibawa ke klinik terdekat oleh keluarganya untuk mendapatkan rawatan.

Sampai di klini, doktor menyuruh Nurnadia untuk siram badannya lagi dalam 1 jam.

 Pressure Cooker Tiba-tiba Meletup, Isi Periuk Berhampuran Keluar Dan Wanita Terkena Kuah Sup Panas - sajagempak.com

“..Dekat klinik itu juga saya mandi lagi sekali. Selepas diberi ubat tahan sakit, saya dirujuk ke hospital.”

Sampai di hospital, wanita disuruh untuk mandi sekali lagi.

“Sekali lagi saya disarankan untuk mandi. Walaupun tengah menggigil sejuk, dalam masa yang sama rasa bahang di kulit. Ketika itu dah nampak menggelembung dan warna daging.

 Pressure Cooker Tiba-tiba Meletup, Isi Periuk Berhampuran Keluar Dan Wanita Terkena Kuah Sup Panas - sajagempak.com

Pada malam itu juga, doktor mencuci luka dan wanita ini menjalani pembedahan untuk membuang kulit mati. Wanita ini mengalami lecur sebanyak lecur sebanyak 12 peratus dan kategori 2 dan perlu ditahan di hospital selama lapan hari sebelum dibenarkan untuk pulang ke rumah.

Wanita ini bagaimanapun bersyukur kerana kecederaan yang dialaminya tidak memerlukan prosedur untuk menampal kulit. Wanita ini yang masih trauma juga sudah menyuruh suaminya untuk membuang pressure cooker tersebut. Pressure Cooker Tiba-tiba Meletup, Isi Periuk Berhampuran Keluar Dan Wanita Terkena Kuah Sup Panas - sajagempak.com

Meskipun ramai yang bertanya apa jenama pressure cooker yang digunakannya, wanita ini mahu fokus untuk sihat terlebih dahulu dan memilih untuk tidak mendedahkannya kerana malas nak panjangkan untuk ambil tindakan undang-undang.

Akhir kata, wanita ini menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati apabila mahu mengendalikan barangan elektrik di dapur.

Sumber: mStar

Facebook Comments Box