Bila sebut pasal haiwan yang dipanggil lipan, mesti ramai yang berasa cuak dan meremang bulu roma bila terbayangkan haiwan tersebut kan. Meskipun ada pelbagai spesies lipan yang wujud, tapi boleh dikatakan semuanya membuatkan ramai berasa takut, cuak atau geli.
Lipan atau dalam bahasa Inggerisnya Centipede memang diakui sangat berbisa walaupun racunnya belum boleh dikategorikan tahap membunuh buat manusia. Tapi harus diingatkan bagi kanak-kanak bawah 5 tahun atau warga emas yang disengat lipan, sila segeralah bertemu doktor secepat mungkin.
Lipan secara ringkasnya menggunakan ‘Forcipules’ iaitu dua kaki depan yang bentuknya seakan penyepit, lipan akan menyuntik bisanya ke badan mangsa sekiranya mereka berasa terancam demi melindungi diri sendiri.
Bagi kebanyakkan orang, jika melihat lipan berada dalam rumah, kebanyakkkan orang tanpa mengira lelaki atau perempuan akan berasa takut kerana khuatir lipan itu akan menggigit dan mengancam mereka.
Kembali kepada topik diatas iaitu kenapa lipan boleh ada dalam rumah?
Mengikut satu kajian, lipan hanya akan merayap ke tempat yang ada sumber makanan untuknya. Contoh-contoh makanan lipan adalah anai-anai , lipas , lalat dan labah-labah.
Jangan terkejut ! So kalau ada benda ni kat rumah korang, anda faham-fahamkan lah kenapa boleh ada lipan bukan?
Oleh itu bagi mengelakkan rumah dimasuki lipan atau ada kehadiran lipan dalam rumah, pastikan rumah sentiasa kemas dan bersih serta bebas dari serangga-serangga perosak di atas terutamanya dalam bilik air dan kawasan lembap.
Rajin-rajinkanlah diri anda untuk mengemas dan bersihkan rumah ya! Kalau penghuni rumah rajin bersihkan rumah maka agak mustahil untuk jumpa lipan dalam rumah itu.
Kredit: Buzzkini