Raksasa Laut Bergigi Tajam Dan Tiada Mata Ditemui Terdampar Di Pantai Selepas Taufan Melanda

Seorang wanita terperanjat besar apabila menemui seekor makhluk raksasa laut terdampar di pantai Texas, Amerika Syarikat. Penemuan itu berlaku sebaik sahaja taufan Harvey berlaku.Raksasa Laut Bergigi Tajam Dan Tiada Mata Ditemui Terdampar Di Pantai Selepas Taufan Melanda - sajagempak.com

Makhluk berkenaan digambarkan seakan raksasa laut dengan rupa yang kelihatan aneh dan boleh mendatangkan rasa seram kepada sesiapa yang melihatnya. Makhluk berkenaan bagaimanapun sudah tidak bernyawa lagi dan dipercayai sudah terdampar lebih kurang dua, tiga minggu di pantai berkenaan sebelum ditemui.

Preeti Desai dari Persatuan Audobin Kebangsaan telah menularkan foto-foto makhluk berkenaan dalam usaha mengenal pasti apa sebenarnya makluk tersebut.

Raksasa Laut Bergigi Tajam Dan Tiada Mata Ditemui Terdampar Di Pantai Selepas Taufan Melanda - sajagempak.com

“Sekilas pandang ianya kelihatan macam haiwan laut dalam ‘sea lamprey’ (sejenis belut penghisap darah) tapi apabila diteliti ia bukan, terutama di bahagian mulutnya,” ujarnya.

Raksasa Laut Bergigi Tajam Dan Tiada Mata Ditemui Terdampar Di Pantai Selepas Taufan Melanda - sajagempak.com

Makhluk raksasa itu juga didapati tidak mempunyai mata namun mempunyai gigi yang tajam.

Sejak penemuan itu menjad tular, pakar-pakar biologi memberikan pendapat bahawa makhluk yang ditemui wanita itu merupakan salah satu raksasa laut dari spesis belut namun tidak pasti akan jenisnya.

Raksasa Laut Bergigi Tajam Dan Tiada Mata Ditemui Terdampar Di Pantai Selepas Taufan Melanda - sajagempak.com

Namun begitu, jawapan yang paling popular dikalangan pakar biologi mengatakan makhluk berkenaan merupakan belut Tusky yang hidup di Teluk Mexico pada kedalaman antara 30 hingga 90 meter. Belut ini juga sangat jarang muncul di permukaan.

Raksasa Laut Bergigi Tajam Dan Tiada Mata Ditemui Terdampar Di Pantai Selepas Taufan Melanda - sajagempak.com

Menurut seorang doktor yang dikenali Dr Kenneth Tighe dari jabatan Sejarah Alam Muzium Kebangsaan Smithsonian, beliau percaya bahawa makhluk berkenaan ialah belut Tusky ataupun dari spesies belut keluarga lain.

Facebook Comments Box