Ratu Cantik Dipecat Daripada Unit Khas Tentera, Dakwa Ada Pihak Cemburu Dan Tak Puas Hati

Ratu Cantik Dipecat Daripada Unit Khas Tentera, Dakwa Ada Pihak Cemburu Dan Tak Puas Hati.sajagempak.com - Ratu Cantik Dipecat Daripada Unit Khas Tentera, Dakwa Ada Pihak Cemburu Dan Tak Puas Hati

Seorang wanita yang memenangi pertandingan ratu cantik Pengawal Kebangsaan Rusia mendakwa dia sudah dibuang kerja daripada unit khas tentera Presiden Vladimir Putin.

Anna Khramtsova, 32, dipecat daripada pasukan tentera dalaman Kremlin selepas dikatakan menyiarkan video yang menunjukkan keadaan di tempat kerjanya.

East2West News melaporkan wanita itu mendakwa video berkenaan memaparkan operasi pembasmian kuman di sebuah bangunan pentadbiran kerajaan.

sajagempak.com - Ratu Cantik Dipecat Daripada Unit Khas Tentera, Dakwa Ada Pihak Cemburu Dan Tak Puas Hati

Namun, dia percaya bahawa rakaman dan gambar seksinya ketika menyertai aktiviti kecergasan menjadi alasan sebenar menyebabkan dia dibuang kerja.

Katanya, rakaman itu mungkin menyebabkan ada pihak tertentu yang tidak berpuas hati dan cemburu.

sajagempak.com - Ratu Cantik Dipecat Daripada Unit Khas Tentera, Dakwa Ada Pihak Cemburu Dan Tak Puas Hati

“Saya dipecat kerana (kedudukan) saya melebihi seseorang,” katanya yang sebelum ini mendakwa menjadi mangsa diskriminasi jantina di dalam unit itu.

Wanita itu mendakwa alasan dia dipecat adalah terlalu remeh kerana dikatakan merakam video bangunan pentadbiran semasa operasi pembasmian kuman.

sajagempak.com - Ratu Cantik Dipecat Daripada Unit Khas Tentera, Dakwa Ada Pihak Cemburu Dan Tak Puas Hati

Khramtsova yang mahir menggunakan senjata api turut memberi bayangan akan merayu ke atas keputusan berkenaan.

“Dalam waktu dekat saya akan memutuskan apa yang harus dilakukan selanjutnya. Tetapi saya tidak akan membiarkannya seperti ini,” katanya seperti dilaporkan The New York Post.

sajagempak.com - Ratu Cantik Dipecat Daripada Unit Khas Tentera, Dakwa Ada Pihak Cemburu Dan Tak Puas Hati

Khramtsova yang juga ibu kepada seorang anak, menewaskan lebih 1,000 peserta untuk muncul sebagai pemenang pertandingan ratu cantik itu, pada tahun lalu.

Dia sebelum ini berkhidmat dengan pasukan tentera dalaman Kremlin, yang operasinya dilaporkan secara terus kepada Putin.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box