Remaja 15 Tahun Meninggal Selepas Disambar Kilat Ketika Dengar Lagu Di Handphone

Seorang remaja berusia 15 tahun dilaporkan telah meninggal dunia akibat dipanah kilat ketika mendengar lagu melalui telefon bimbitnya, lapor Liputan 6.sajagempak.com - Remaja 15 Tahun Meninggal Selepas Disambar Kilat Ketika Dengar Lagu Di Handphone

Kejadian yang berlaku di Dusun Kuyukan Desa Limbangan, Kecamatan Kutasari, Kabupaten Purbalingga itu juga menyaksikan hujan turun dengan lebat.

Mangsa yang berada di dalam bilik bersama rakannya membuka lagu di telefonnya.

Ketika alunan muzik tersebut masih lagi berkumandangan, tiba-tiba petir menyambar dengan bunyi guruh yang kuat. Serentak dengan cahaya kilat yang terang.

“Pada waktu itu, saksi dan mangsa sedang mendengar muzik di telefon bimbit mereka. Tiba-tiba mereka terdengar bunyi guruh yang menyebabkan saksi dan mangsa serta telefon bimbit mereka terpelanting,” kata Ketua Polis Kutasari , AKP Agus Amjat Purnomo.

sajagempak.com - Remaja 15 Tahun Meninggal Selepas Disambar Kilat Ketika Dengar Lagu Di Handphone

Selepas disambar kilat, mangsa sesak nafas manakala saksi hanya baik-baik sahaja.

Dalam keadaan tersebut, mangsa sempat menangis dan memeluk saksi yang dalam keadaan bingung dan panik. Dia menjerit meminta tolong sehingga ibu bapa mangsa datang masuk ke bilik.

sajagempak.com - Remaja 15 Tahun Meninggal Selepas Disambar Kilat Ketika Dengar Lagu Di Handphone

Mereka kemudian membawa mangsa ke Puskesmas Padamara namun kerana keadannya yang kritikal, dia dirujuk ke Hospital Siaga Medika Purbalingga.

“Saat diperiksa di hospital, mangsa sudah disahkan meninggal dunia,” kata Agus.

Facebook Comments Box