Remaja 16 Tahun Berhenti Sekolah Untuk Jaga Bapa Lumpuh Dan Sara Persekolahan Adik-adiknya

Rutin harian remaja berusia 16 tahun ini perlu bangun seawal jam 6 pagi dan menghantar tiga adik ke sekolah sebelum menguruskan keperluan bapa yang terlantar. Alif Iqbal Fauzi kemudian keluar pula untuk mencari rezeki dengan menjual jagung madu di pasar malam bagi menampung hidup keluarganya di rumah sewa di Kampung Kota Jembal, Kedai Lalat.

sajagempak.com - Remaja 16 Tahun Sanggup Berhenti Sekolah Demi Menjaga Bapa Yang Lumpuh Dan Sara Persekolahan Adik-adiknya

Bapanya, Fauzi Mustpha, 55, lumpuh akibat serangan angin ahmar selain menghidap penyakit diabetes, darah tinggi dan jantung serta memerlukan perbelanjaan ubat-ubatan, susu, lampin pakai buang kira-kira RM100 sehari atau RM3,000 sebulan.

Alif Iqbal berkata, dia dan ibunya, Noor Razira Seman, 43, akan bangun awal pagi menyiapkan tiga adik berusia lima tahun yang bersekolah di Tadika Kemas dan berusia lapan dan 11 tahun yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Beris Panchor.

“Selepas saya hantar mereka ke sekolah, saya akan pulang untuk bantu ibu urus bapa seperti lap badan, sedut kahak, menukar lampin serta memberi makan dan minum.

sajagempak.com - Remaja 16 Tahun Sanggup Berhenti Sekolah Demi Menjaga Bapa Yang Lumpuh Dan Sara Persekolahan Adik-adiknya

“Saya bantu kerana kudrat ibu sendirian tidak mampu untuk mengangkat atau mengalihkan badan bapa. Sudah selesai semua itu baharulah saya keluar siap-siap untuk berniaga jagung,” katanya ketika lawatan Presiden Kelab Kebajikan Cakna Kelantan (KKCK), Pui Tiong Lam hari ini.

Alif Iqbal mempunyai susuk tubuh setinggi 150 sentimeter dengan berat 80 kilogram memungkinkan ramai yang tidak menjangkakan usianya masih muda dan wajar mendapatkan pendidikan demi masa depan namun persekolahannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor 1 ditangguhkan akibat desakan itu.

“Saya minat dalam bidang automotif dan teringin untuk masuk ke sekolah vokasional namun ketika ini ibu bapa saya sedang susah dan sayalah sebagai anak sulung yang perlu memikul tanggungjawab menolong ibu bapa saya.

sajagempak.com - Remaja 16 Tahun Sanggup Berhenti Sekolah Demi Menjaga Bapa Yang Lumpuh Dan Sara Persekolahan Adik-adiknya

“Sebagai abang yang sulung juga saya perlu menjaga adik-adik. Mereka perlu diberi makan dan kalau saya tidak cari duit nanti mereka akan lapar,” katanya sayu sambil meneruskan kerja-kerja membersihkan jagung.

Katanya, proses menjual jagung rebus dilakukan seorang diri bermula dengan mengambil stok dua hari berniaga sebanyak 400 batang bekalan jagung daripada pembekal di Tumpat sebelum dibawa pulang dan dibersihkan di rumah di rumah neneknya di Kampung Gajah Mati, Wakaf Zin, Tawang Bachok.

“Selepas direbus saya akan membawa jagung ini ke Pasar Malam Padang Tembak, Pengakalan Chepa pada hari Isnin dan Rabu. Jagung madu dijual dengan harga tiga batang RM5, dapatlah untung bersih RM100 setiap kali berniaga.

sajagempak.com - Remaja 16 Tahun Sanggup Berhenti Sekolah Demi Menjaga Bapa Yang Lumpuh Dan Sara Persekolahan Adik-adiknya

“Modal saya guna niaga seterusnya dan baki duit saya bagi pada ibu untuk perbelanjaan ubatan bapa, makan minum dan persekolahan adik-adik. Kadang-kadang adik-adik datang tolong sebab mereka kumpul duit hendak beli basikal,” katanya.

Alif Iqbal menangguhkan sementara hasratnya untuk ke sekolah dan mencari rezeki dengan berniaga jagung madu di pasar malam Padang Tembak, Pengkalan Chepa.

Sementara itu, Noor Razira berkata, dia amat mementingkan pelajaran anaknya dan akan menghantar Alif Iqbal ke sekolah semula kelak.

Menurutnya, sebelum ini mereka menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat namun terhenti sementara ditukar ke kategori pesakit kronik.

“Apabila suami dimasukkan ke wad, Alif Iqbal yang menjaga adik-adik. Dia memang anak yang sangat baik dan bertanggungjawab walaupun baru berusia 16 tahun,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh berbuat demikian ke akaun Agro Bank Norazira Seman 2-00-6631-00032088-0 atau hubungi talian 0139957775.

Sumber: Sinar Harian

Facebook Comments Box