Remaja Tertidur Keletihan Tunggu Pelanggan Beli Kacang, Dalam Bakul Masih Penuh Lagi

Remaja Tertidur Keletihan Tunggu Pelanggan Beli Kacang, Dalam Bakul Masih Penuh Lagi. Setiap orang mempunyai cabaran hidup yang pelbagai. Bukan semua orang terlahir dalam keadaan senang dan hanya perlu duduk sahaja menanti ada rezeki yang akan tiba.sajagempak.com - Remaja Tertidur Keletihan Tunggu Pelanggan Beli Kacang, Dalam Bakul Masih Penuh Lagi

Ada juga yang terpaksa melupakan zaman kanak-kanak demi untuk membantu keluarga menambah pendapatan demi kelangsungan hidup bersama.

Kacang jualan masih penuh dibakul
Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Shazzahinzs Sha, dia telah berkongsi satu foto seorang remaja tertidur di kaki lima sambil disisinya terdapat sebakul kacang rebus yang ingin dijual.

sajagempak.com - Remaja Tertidur Keletihan Tunggu Pelanggan Beli Kacang, Dalam Bakul Masih Penuh Lagi

Sampai tertidur tunggu orang beli kacang
Menurut pengguna Facebook itu lagi, remaja tersebut dilihat duduk di hadapan pintu masuk stesen pam minyak berdekatan Jalan Tampoi dalam keadaan keletihan sehingga tertidur. Jualannya juga masih banyak dan ketika itu hujan lebat baru sahaja reda.

sajagempak.com - Remaja Tertidur Keletihan Tunggu Pelanggan Beli Kacang, Dalam Bakul Masih Penuh Lagi

Rasa kasihan apabila terfikirkan anak2 kita
Foto yang tular tersebut telah mendapat lebih daripada 14,000 tanda suka dan lima ribu perkongsian semula daripada warganet. Mereka yang membaca muat naik tersebut nyata berasa sebak dan berharap dapat membantu remaja itu.

sajagempak.com - Remaja Tertidur Keletihan Tunggu Pelanggan Beli Kacang, Dalam Bakul Masih Penuh Lagi

Mereka juga dilihat meninggalkan komen di ruangan Facebook sumber disamping mengajak orang ramai yang berada berhampiran kawasan tersebut untuk sama-sama menghulurkan bantuan serta membeli kacang yang dijual olehnya.

Semoga dia dimurahkan rezeki

sajagempak.com - Remaja Tertidur Keletihan Tunggu Pelanggan Beli Kacang, Dalam Bakul Masih Penuh Lagi

Katanya datang naik bas dari Ulu Tiram

sajagempak.com - Remaja Tertidur Keletihan Tunggu Pelanggan Beli Kacang, Dalam Bakul Masih Penuh Lagi

Semoga dimurahkan rezeki buat adik ini.


Sumber: Shazzahinzs Sha

Facebook Comments Box