Saman Kes Tular Wanita Tidak Pakai Mask Dibatalkan

Sebelum ini, tular satu kes di mana seorang wanita dikenali sebagai KakTi, telah disaman oleh pihak polis disebabkan dia gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana tidak memakai pelitup muka.RM1,000 Saman Wanita Tak Pakai Mask Dibatalkan

Bagaimanapun, wanita itu mendakwa dia tidak berada di tempat awam yang memerlukannya untuk berbuat demikian.

Ketika kejadian, wanita ini sedang keluar dari kenderaannya bagi mengambil anak di kerusi sebelah. Bahkan, jika dilihat menerusi foto yang dikongsi dapat dilihat kawasan tersebut lengang daripada orang ramai.

Tidak berakhir di situ, rakaman litar kamera tertutup (CCTV) juga turut dikongsi olehnya sebagai bukti menunjukkan keadaan sebenar di kawasan tersebut.

Sudah dibatalkan

RM1,000 Saman Wanita Tak Pakai Mask Dibatalkan

Terbaru menerusi tweet wanita itu, dia menjelaskan telah menerima panggilan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan kompuan RM1k yang telah dikenakan kepadanya pada 20 Januari yang lalu. Jelasnya, dia tidak perlu lagi membayar kompaun tersebut kerana pihak Jabatan Peguam Negara telah membatalkannya.

Pada masa yang sama, dia memanjatkan rasa syukur dan berterima kasih kepada individu-individu yang pernah membantunya selama ini.

Terdahulu, kisah mengenai wanita ini tular di media sosial kerana disaman dan didakwa tidak memakai pelitup muka yang menjadi kewajiban ketika berada di tempat awam. Bagaimanapun, Ketua Polis Johor, Ayub Khan Mydin, sebelum ini, masih mempertahankan denda yang dikenakan dan berkata ada orang lain di kawasan itu ketika kejadian.

Ketika itu, bersama individu berusia 29 tahun itu ialah seorang wanita yang bekerja di kafe tersebut tetapi memakai pelitup muka. Kenyataan individu ini menyatakan di kawasan tersebut tiada orang dan tiada kesesakan adalah tidak benar sama sekali.

Sumber: OHBULAN

 

Facebook Comments Box