RM191,000 Untuk Dapatkan Kuku Terpanjang Di Dunia

Pemegang rekod kuku terpanjang di dunia pada masa kini, Ayanna “Yani” Williams akhirnya memutuskan untuk memotong kukunya dengan satu syarat.sajagempak.com -  RM191,000 Untuk Dapatkan Kuku Terpanjang Di Dunia

Wanita yang berusia 54 tahun itu mengumumkan bahawa dia akan memotong kukunya jika dia berjaya menjualnya dengan harga £35,000 atau lebih kurang RM191,000.

Pada masa kini, kukunya sudahpun mencecah sepanjang 38 inci selepas menyimpannya selama hampir 3 dekad iaitu sejak tahun 1992 hingga sekarang.

sajagempak.com -  RM191,000 Untuk Dapatkan Kuku Terpanjang Di Dunia

Yani Williams juga memberitahu antara sebab dia mahu menjual kukunya adalah disebabkan kesukaran melakukan kerja-kerja atau aktiviti harian seperti memandu, makan, tidur, memakai seluar jeans dan sebagainya.

sajagempak.com -  RM191,000 Untuk Dapatkan Kuku Terpanjang Di Dunia

Selain itu, dia juga menghidap diabetis dan menghadapi kesukaran untuk menyuntik insulin.

Terdapat tawaran awal berjumlah £75 atau RM410 untuk setiap kukunya, namun tawaran itu ditolaknya kerana dianggap terlalu rendah dan menunggu tawaran lain yang lebih tinggi.

sajagempak.com -  RM191,000 Untuk Dapatkan Kuku Terpanjang Di Dunia

Yani Williams menegaskan bahawa selagi tiada pembeli yang sanggup membeli kukunya pada harga yang diterimanya, maka dia akan terus menyimpan kuku dan tidak memotongnya.

sajagempak.com -  RM191,000 Untuk Dapatkan Kuku Terpanjang Di Dunia

Pendapat kami, kalau dah kuku itu menyusahkan dan membataskan pergerakan untuk membuat kerja dan aktiviti seharian, eloklah potong saja kan.

Facebook Comments Box