Rumah Wanita Kena Pecah Masuk, Habis Semua Katil, Pintu-pintu Rumah Dicalit Minyak Dagu

Rumah Wanita Kena Pecah Masuk, Habis Semua Katil, Pintu-pintu Rumah Dicalit Minyak Dagu. Walau dunia kian maju dengan lambakan teknologi canggih, masih ada yang percaya akan ilmu ghaib termasuk membabitkan pelakuan jenayah.sajagempak.com - Rumah Wanita Kena Pecah Masuk, Habis Semua Katil, Pintu-pintu Rumah Dicalit Minyak Dagu

Perkara itu didedahkan seorang wanita berikutan rumahnya dipecah masuk pada suatu hari sekitar jam 10 malam. Anehnya, beliau mendakwa semua penghuni tertidur ketika kejadian.

Dikongsi lebih 9,000 pengguna Facebook, Fatien Abdul dalam hantaran di facebooknya berkata rumah sewanya dipecah masuk tanpa disedari semua rakan serumah kerana tertidur pada waktu hampir serentak.

“Mengantuk sangat-sangat, lepas itu semua tidur. Tak tahu apa yang jadi malam tu. Sedar-sedar saja kawan serumah tanya ‘mana telefon kau?’. Dalam separuh sedar cari kat mana telefon.

“Aduh telefon hilang. Iman (kawan serumah) pun hilang, dia cakap pintu rumah terbuka dan tak berkunci. Bila ‘check’ (periksa), mangga bersepah di lantai, tingkap dan pintu kena kopek,” katanya, seorang wartawan sebuah portal.

Tidak menyatakan bilangan penghuni, Fatien berkata selain telefon beberapa orang rakannya hilang dompet, duit, kad bank, kad ‘access company’, lesen dan kad pengenalan.

Selepas membuat aduan di balai polis Damansara, baru beliau terfikir kejadian itu agak pelik kerana penjenayah berupaya memecahkan pintu jeriji rumah tanpa disedari semua orang.

Malah, katanya, penjenayah dipercayai masuk setiap bilik, tapi mereka bernasib baik tidak menjadi mangsa rogol.

“Paling menakutkan bila ayah kepada seorang kawan serumah beritahu setiap bilik, katil, pintu bilik dan pintu rumah dicalit minyak dagu,” tulisnya tetapi beliau tidak memaklumkan lokasi kejadian dan nilai kerugian.

“Dia cakap, minyak dagu bukan sahaja buatkan kita sukakan seseorang. Tapi digunakan bagi tujuan lain. Mungkin untuk sihirkan, dan mungkin untuk mudahkan dia datang lagi.”

Kredit: Projekmm

Facebook Comments Box