Sakit Perut Lepas Makan Nasi Kandar, Mangkuk Tandas Pula Pecah Berderai

Kebiasaannya apabila kes melibatkan mangkuk tandas pecah, mesti kita akan berasa ngeri kerana biasanya ia akan melibatkan kecederaan kepada penggunanya. Biasanya mangkuk tandas pecah melihatkan tandas jenis duduk dan kebanyakkanya berpunca daripada lebihan berat yang dikenakan keatasnya, contohnya seperti mencangkung di tandas jenis duduk. Punca sebenarnya adalah kemungkinan besar disebabkan material yang digunakan tidak berapa bagus dan tidak tahan.Sakit Perut Lepas Makan Nasi Kandar, Mangkuk Tandas Pula Pecah Berderai - sajagempak.com

Baru-baru ini tular mengenai perkongsian seorang gadis yang berdepan dengan tragedi mangkuk tandas pecah dan rasmai yang mengaitkannya puncanya disebabkan mencangkung di mangkuk tandas duduk. Menurut gadis berusia 22 tahun yang dikenali sebagai Syiera Eyye ini, kejadian itu berlaku di tandas di biliknya sendiri di sebuah kuarters kediaman di Ampang, Selangor.

Sebelum insiden itu berlaku, Syiera sakit perut dan perutnya terasa seakan memulas dan mahu buang air besar, mungkin berpunca dari nasi kandar yang dimakannya waktu pagi.

“Masa sakit perut tu saya di kafe dekat rumah tolong mak. Sakit perut makan nasi kandar agaknya pagi tu. Dan biasanya saya akan balik ke rumah kalau nak guna tandas.

Sakit Perut Lepas Makan Nasi Kandar, Mangkuk Tandas Pula Pecah Berderai - sajagempak.com

“Sampai di rumah, saya singgah bagi makan kat kucing. Selepas tu saya ke bilik air untuk basuh tangan dan kaki, sebelum kejadian berlaku.

Syiera bagaimanapun menjelaskan mangkuk tandas itu rosak bukan disebabkan dia duduk mencangkung, tetapi kerana ditimpa tangki air pam tandas yang tercabut dari dinding. dua, tiga hari sebelum sinki ditukar baru.

“Sebenarnya mangkuk tandas tu pecah selepas ditimpa oleh tangki air pam tandas yang tercabut dari dinding”

“Masa tu, saya baru nak basuh tangan dan kaki di paip yang terletak tepi mangkuk tandas. Tiba-tiba tangki air tu jatuh dan hempap mangkuk tandas dan pecah”

Sakit Perut Lepas Makan Nasi Kandar, Mangkuk Tandas Pula Pecah Berderai - sajagempak.com

Kejadian ini berlaku sehari selepas sinki baharu dipasang menggantikan yang lama di bilik airnyadan dia menyedari sudah perasan ada retakan di dinding.

“Retakan dinding tu dah berlaku dua, tiga hari sebelum sinki ditukar baru. Tapi saya lupa maklumkan kepada pihak pengurusan perumahan mengenai keadaan itu.”

“Tangki tu dilekatkan dengan gam sebagai penguat. Retakan dinding mungkin membuatkan struktur tangki tersebut tak kukuh sebelum terjatuh,”

Sakit Perut Lepas Makan Nasi Kandar, Mangkuk Tandas Pula Pecah Berderai - sajagempak.com

Tambah gadis ini lagi, kejadian tersebut berlaku dengan begitu pantas hinggakan dia terkejut apabila serpihan mangkuk tandas yang pecah itu nyaris menimpa kakinya. Ketika itu, hanya dia seorang yang berada di rumah dan terus buat video call kepada ibunya yang berada di cafe sambil menangis.

“Saya dengar bunyi pelik, tiba-tiba tangki terus jatuh. Tangan saya menggeletar sebab hampir kena kaki saya. Tangki jatuh di sebelah kanan tandas, dan saya berada di bahagian kiri.

Sakit Perut Lepas Makan Nasi Kandar, Mangkuk Tandas Pula Pecah Berderai - sajagempak.com
Pasang semula mangkuk tandas yang baru keesokkan harinya

Syiera bagaimanapun bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan disebabkan insiden tersebut. Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati menggunakan mangkuk tandas dan sentiasa ingat bahawa mangkuk tandas duduk tak dapat menampung beban yang kuat, dan elakkan mencangkung di tandas duduk.

VIDEO:

Sebaiknya jika kita mahu memasang tandas di rumah, seeloknya jangan terlalu kedekut nak keluarkan duit untuk beli yang berkualiti kerana tandas ini bukannya jenis pakai sekejap sahaja lepas tu tukar. Tandas yang dipasang kemungkinan akan digunakan untuk jangka masa yang lama dan mungkin mencecah 10 tahun, 20 tahun.

Facebook Comments Box