Salah Faham Dikatakan Punca Guru Penolong Kanan Digesa Berpindah

KOTA BHARU: Salah faham antara pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menyebabkan guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Krai menjadi mangsa keadaan.sajagempak.com - Salah Faham Dikatakan Punca Guru Penolong Kanan Digesa Berpindah

Ia berikutan tular di media sosial kain rentang yang bertulis ‘Pindahkan PK Kokurikulum SK Kuala Krai Serta Merta.

‘Nur Basyihah Bt Baharuddin. Kami guru-guru dan AKP SK Kuala Krai tidak boleh bekerja di bawah satu bumbung dengan pk ko yang memburukkan sekolah sendiri dan menjatuhkan maruah kami’.

Menurut sumber PIBG, perbalahan itu tidak sepatutnya berlaku di sekolah apatah lagi membabitkan kakitangan sekolah kerana akan memberi kesan negatif kepada murid-murid.

“Saya difahamkan, perbalahan ini pada mulanya hanya dalam kumpulan dan status WhatsApp sahaja, namun disebabkan ketidakpuasan hati segelintir pihak menyebabkan tercetusnya perbuatan di luar kawalan.

“Pada masa sama, suami kepada Penolong Kanan Kokurikulum SK Kuala Krai berkenaan adalah Naib Yang Dipertua PIBG dan banyak perkara yang disuarakan untuk membantu pihak sekolah.

“Bagaimanapun, disebabkan salah faham antara pihak sekolah dan PIBG mencetuskan konflik kerana masing-masing tidak dapat mengawal emosi,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

sajagempak.com - Salah Faham Dikatakan Punca Guru Penolong Kanan Digesa Berpindah

Bukan itu sahaja, katanya, malah kehadiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Krai ke sekolah berkenaan bagi tujuan membantu Penolong Kanan Kokurikulum juga mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan guru sekolah.

“Ada yang mengatakan PPD menyebelahi guru penolong kanan kokurikulum berkenaan, sedangkan apa yang dilakukan adalah bagi memberi khidmat bantu untuk meningkatkan kompetensi guru dan seterusnya melonjakkan prestasi sekolah.

“Hal seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh dibincangkan secara baik, serta perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard semasa” katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan ketika dihubungi berkata, kes terbabit masih dalam siasatan.

“Isu ini masih dalam tindakan siasatan jabatan dan PPD Kuala Krai,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Sumber: Sinar Harian

Facebook Comments Box