Satu Keluarga Menemui Anak Kucing Aneh Di Tepi Jalan, Tak Sangka Spesis Kucing Itu Jenis Yang Sangat ‘Rare’ Sekali!

Satu keluarga di negara Thailand telah menyedari kewujudan seekor makhluk kecil yang menyerupai anak kucing baru dilahirkan ditepi jalan ketika mereka melihat dari tingkap rumah.Satu Keluarga Menemui Anak Kucing Aneh Di Tepi Jalan, Tak Sangka Spesis Kucing Itu Jenis Yang Sangat ‘Rare’ Sekali!

Menurut salah seorang ahli keluarga berkenaan, dia ingatkan haiwan itu merupakan seekor anak kucing yang biasa tetapi bila dilihat dalam jarak dekat, dia mula merasakan ia bukan kucing peliharaan yang biasa.

Susulan penemuan mereka, keluarga ini kemudiannya membuat keputusan untuk menghubungi Wildlife Friends Foundation Thailand (WFFT) untuk mendapatkan bantuan mengenalpasti serta merawat haiwan tersebut.Keluarga Menemui Anak Kucing Aneh Di Tepi Jalan, Tak Sangka Spesis Kucing Itu Sangat Unik Dan Dalam Senarai Terancam - sajagempak.com

Pihak WFFT pun menghantar orang untuk membantu keluarga ini dan selepas dilihatnya, ternyata haiwan itu bukan anak kucing dosmetik yang biasa tetapi merupakan kucing penangkap ikan, salah satu spesies kucing liar yang jarang ditemui pada masa kini.

Keluarga Menemui Anak Kucing Aneh Di Tepi Jalan, Tak Sangka Spesis Kucing Itu Sangat Unik Dan Dalam Senarai Terancam - sajagempak.com

Selepas organisasi penyelamat haiwan itu menghantar wakil untuk menyelidik, didapati anak kucing ini bukan kucing domestik biasa, tetapi kucing penangkap ikan atau spesies kucing liar yang pada zaman kini amat jarang ditemui.

Meskipun begitu, mereka tiada idea bagaimana kucing. itu boleh berada berhampiran dengan kawasan penempatan manusia, malah kelibat ibu kucing itu juga tidak kelihatan.Keluarga Menemui Anak Kucing Aneh Di Tepi Jalan, Tak Sangka Spesis Kucing Itu Sangat Unik Dan Dalam Senarai Terancam - sajagempak.com

Tidak lama kemudian, mereka mendapat jawapannya apabila keluarga itu mendedahkan bahawa mereka pernah menyelamatkan seekor kucing liar betina beberapa tahun lalu dan menjaganya sebelum melepaskannya kembali ke alam liar selepas dewasa.

Keluarga Menemui Anak Kucing Aneh Di Tepi Jalan, Tak Sangka Spesis Kucing Itu Sangat Unik Dan Dalam Senarai Terancam - sajagempak.com

Walaubagaimanapun, mungkin kucing tersebut telah menganggap rumah keluarga itu sebagai rumahnya. Oleh itu meskipun dia pergi merayau atau meliar di hutan, dia masih ingat akan kebaikan hati budi keluarga tersebut dan akan melawat rumah tersebut sekali sekala.

Dan ini dibuktikan apabila baru-baru ini kucing penangkap ikan itu telah datang kembali ke keluaerga ini, dan didapati ada seekor anak kucing berada disebelahnya.

Keluarga Menemui Anak Kucing Aneh Di Tepi Jalan, Tak Sangka Spesis Kucing Itu Sangat Unik Dan Dalam Senarai Terancam - sajagempak.com

Menurut kenyataan WFFT, “Mungkin ibu kucing penangkap ikan itu secara tidak sengaja terlepas seekor anak kecilnya semasa sedang memindahkan anak-anak. Keluarga itu memberitahu telah terlalu lewat untuk menunggu ibu kucing penangkap ikan kembali, dan mereka bimbang dengan keselamatan anak kucing ini, jadi mereka meminta bantuan organisasi kami.”

WFFT menamakan anak kucing penangkap ikan itu Simba. Pada mulanya Simba berada dalam keadaan kritikal. Badannya dalam keadaan hipotermia dan sangat memerlukan susu ibunya. Berita baik, setelah berada dalam jagaan doktor haiwan profesional, Simba telah terselamat daripada bahaya di mana kini keadaannya semakin sihat dan stabil.

Keluarga Menemui Anak Kucing Aneh Di Tepi Jalan, Tak Sangka Spesis Kucing Itu Sangat Unik Dan Dalam Senarai Terancam - sajagempak.com

Sedikit info mengenai Kucing Penangkap Ikan:

Kucing penangkap ikan atau nama saintifiknya Prionailurus viverrinus adalah spesies kucing liar yang bersaiz sederhana. Mangsa dan makanan utama kucing ini ialah ikan.

Spesies kucing unik dan berbulu cantik yang sungguh mahir berenang dan menyelam. Kucing ini mempunyai jari kaki separa berselaput dan berkuku tajam untuk membantunya hidup dalam persekitaran separa akuatik.

Kucing ini agak garang dan akan melawan jika berhadapan dengan musuh. Kucing penangkap ikan hidup di kawasan tropika seperti di Asia Tenggara, juga ditemui di Asia Selatan seperti di Sri Lanka dan India, yang biasa berhabitat di kawasan air tawar seperti sungai dan paya bakau.Keluarga Menemui Anak Kucing Aneh Di Tepi Jalan, Tak Sangka Spesis Kucing Itu Sangat Unik Dan Dalam Senarai Terancam - sajagempak.com

Faktor-faktor seperti pembalakan dan kemusnahan kawasan paya bakau, pencemaran sumber air, dan eksploitasi berlebihan sumber perikanan telah menyebabkan habitat kucing penangkap ikan telah musnah.

VIDEO:

Disamping, ancaman pemburu haram yang memburu kucing ini untuk kulit dan bulunya telah menyebabkan spesies kucing penangkap ikan menghadapi ancaman terdedah kepupusan (Vulnerable) untuk berada dalam senarai merah IUCN (Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam) sejak tahun 2016.

Facebook Comments Box