Sayu Melihat Orang Utan Memikul Anak Pindah Ke Tempat Baru Selepas Habitatnya Musnah

Kepulauan Borneo merupakan tempat yang sangat kaya dengan hutan yang menghijau yang didiami oleh pelbagai spesis flora dan fauna, dan ini termasuk spesis Orang Utan.Sayu, Orang Utan Dilihat Memikul Anak Pindah Ke Tempat Baru Selepas Habitatnya Hancur - sajagempak.com

Namun kerakusan manusia yang mengejar duit dan pembangunan yang tidak terkawal telah menyebabkan mereka kehilangan tempat tinggal malah manusia juga tidak terkecuali menerima akibatnya seperti banjir yang seringkali berlaku.

Berdasarkanaporan Detik, salah satu lokasi habitat asal Orang Utan yang pernah terancam ialah di Taman Negara Kutai, Kalimantan Timur yang menempatkan ribuan spesies Orang Utan jenis Morio.Sayu, Orang Utan Dilihat Memikul Anak Pindah Ke Tempat Baru Selepas Habitatnya Hancur - sajagempak.com

Namun agak menyedihkan, sebahagian besar Kalimantan hari ini tidak lagi ‘seindah’ dulu. Kebanyakan hutan hujan tropika yang membekalkan udara segar buat Borneo telah ditarah untuk tujuan tertentu.

Baru-baru ini, netizen ada berkongsi satu sedutan video ringkas yang hiba, memaparkan suasana hening seekor Orang Utan memikul anaknya di satu kawasan hutan yang telah digondolkan. Mari ikuti video ini.Sayu, Orang Utan Dilihat Memikul Anak Pindah Ke Tempat Baru Selepas Habitatnya Hancur - sajagempak.com

Sifir mudahnya, apabila hutan ditarah tanpa kawalan, hidupan liar pasti akan terancam sekaligus kehilangan habitat asal. Akhirnya ia terpaksa keluar dan mencari habitat baharu yang entah bagaimana jaminan biodiversitinya.

VIDEO:

“Seperti komodo, gajah, harimau, badak dan lain-lain, nasib Orang Utan tidak menentu. Eksploitasi lombong, sawit, kayu dan pembukaan ‘resort’ melenyapkan ruang hidup mereka,” tulis caption dalam akaun tersebut.

“Perhatikan bagaimana ibu Orang Utan ini membawa pergi anaknya mencari tempat baharu setelah rumah mereka dihancurkan.

Tidak dapat dipastikan lokasi sebenar yang tepat mengenai tempat kejadian, namun ianya dipercayai berlaku di salah satu hutan di Indonesia.

Facebook Comments Box