Kucing merupakan antara haiwan yang sering kita jumpa hampir di mana-mana tempat kita pergi. Selalunya anjing seringkali dikaitkan dengan kesetiaan yang tidak berbelah pagi terhadap manusia (pemiliknya), namun kucing juga tidak terkecuali dan setia.
Seperti kisah seekor kucing terbiar ini yang yang sentiasa berada di sebuah kawasan parkir bawah tanah dan ramah dengan orang dan pengunjung yang lalu-lalang di kawasan itu.
Seorang wanita memberitahu bahawa dia seringkali melihat kelibat kucing itu berada di kawasan parkir berkenaan. Menurutnya lagi, kucing itu sangat manja dan sering sering menggoyang-goyangkan ekornya setiap kali didekati.
Meskipun dari luarannya nampak gembira dan suka bermain, namun sebenarnya kucing itu mempunyai kisah sedih yang berkait dengan penjaga asalnya. Dan itulah punca kenapa kucing ini menghuni kawasan parkir berkenaan dan tidak mahu berganjak.
Sebenarnya, satu ketika dahulu, kawasan parkir ini dijaga oleh seorang pekerja yang bertanggungjawab mengutip bayaran parkir daripada setiap pelanggan yang datang.
Sepanjang bekerja, kucing ini akan menemani tuannya bekerja setiap hari tanpa rasa jemu. Namun akhirnya, sistem parkir di kawasan itu telah ditukar kepada sistem automatik dan menyebabkan pekerja tua itu terpaksa diberhentikan kerja.
Apa yang lagi menyedihkan adalah pada suatu hari, pekerja itu telah terlibat dalam kemalangan sekali gus menyebabkan mendiang tidak sempat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kucing kesayangannya. Oleh itu, si kucing mulai berasa resah kerana sudah lama tidak bertemu dengan tuannya dan terus membawa dirinya ke kawasan parkir berkenaan dengan harapan semoga. dapat bertemu kembali dengan tuannya di tempat itu.
Kucing itu pernah cuba dibawa oleh anak mendiang penjaga parkir untuk pulang ke rumahnya, namun kucing itu akan kucing ini tetap akan keluar rumah dan datang ke kawasan parkir itu. Justeru itu, pihak syarikat membiarkan sahaja kucing itu ‘berkhidmat’ sebagai penjaga parkir yang baharu dan diberikan ‘ganjaran’ dalam bentuk makanan yang sedap untuknya.
Jika anda menemui haiwan terbiar seperti kucing di jalanan, janganlah berasa jijik dan berkasar dengan mereka, sebaliknya cuba membantu mereka dengan setidaknya memberi makanan atau tempat berteduh jika mampu.