“Sejujurnya Saya Rasa Segan Dan Sedikit Geli” Rashidi Ishak Diberi Gelaran ‘Hot Daddy’

“Sejujurnya Saya Rasa Segan Dan Sedikit Geli” Rashidi Ishak Diberi Gelaran ‘Hot Daddy’. Pelakon Rashidi Ishak mengakui malu apabila digelar sebagai hot daddy oleh warganet di laman sosial.sajagempak.com - “Sejujurnya Saya Rasa Segan Dan Sedikit Geli” Rashidi Ishak Diberi Gelaran ‘Hot Daddy’

Menurut Rashidi Ishak, dia tidak mahu berasa bangga dengan julukan tersebut kerana bimbang netizen tersalah anggap mengenai dirinya.

“Sejujurnya saya rasa segan dan ada sedikit rasa geli apabila dipanggil sebagai hot daddy itu. Anak-anak ada beritahu juga mengenai perkara itu.

Rashidi tidak mahu berasa bangga dengan gelaran hot daddy.

sajagempak.com - “Sejujurnya Saya Rasa Segan Dan Sedikit Geli” Rashidi Ishak Diberi Gelaran ‘Hot Daddy’

“Tapi saya hanya gelak sahaja sebab tak tahu macam mana nak respons. Bimbang nanti orang kata saya ‘poyo’ pula.

“Apa-apa pun, saya tak rasa bangga… tapi sebetulnya tak kisah pun orang nak kata atau beri gelaran kepada saya,” katanya kepada mStar.

Rashidi diminta mengulas mengenai komen netizen di laman sosial yang menyifatkannya sebagai hot daddy selepas menonton drama popular Kampung People.

sajagempak.com - “Sejujurnya Saya Rasa Segan Dan Sedikit Geli” Rashidi Ishak Diberi Gelaran ‘Hot Daddy’

Drama komedi tersebut yang disiarkan pada Rabu hingga Jumaat di saluran TV3 turut menjadi trending di laman sosial.

Mula-mula masa dapat skrip, saya baca dan ingatkan sekadar drama komedi biasa sahaja.
RASHIDI ISHAK

Dalam pada itu, Rashidi memberitahu dia tidak menyangkakan drama tersebut mendapat sambutan yang hangat.

Kata Rashidi, dia berasa bertuah kerana dapat melalui pengalaman yang menyeronokkan sepanjang penggambaran drama tersebut.

“Sebenarnya saya memang tak sangka drama ini boleh menjadi trending dan mendapat sambutan yang begitu hangat.

sajagempak.com - “Sejujurnya Saya Rasa Segan Dan Sedikit Geli” Rashidi Ishak Diberi Gelaran ‘Hot Daddy’

Rashidi seronok menjalani penggambaran drama Kampung People.

“Mula-mula masa dapat skrip, saya baca dan ingatkan sekadar drama komedi biasa sahaja. Tapi Alhamdulillah, ramai penonton suka.

“Boleh dikatakan, set penggambaran drama ini antara yang paling seronok sebab hari-hari kami gelak saja dan paling saya teruja apabila ada babak dengan orang-orang kampung,” ujarnya.

Selain Rashidi, antara barisan pelakon yang turut menjayakan drama itu ialah Elly Mazlein, Riena Diana, Hun Haqeem, Datuk Fizz Fairuz, Namron dan ramai lagi.

Sumber: mStar

Facebook Comments Box