Sekumpulan Semut Dilihat Gigih ‘Melarikan’ Sesuatu, Ingatkan Sisa Makanan, Rupanya Rantai Emas!

Semut merupakan salah satu serangga yang mudah dilihat dan didapati di mana-mana sahaja termasuk di kawasan rumah. Kebiasaannya semut-semut ini sering menghurungi benda manis atau sisa-sisa makanan yang tidak dibersihkan dengan baik oleh para penghuni rumah. Sekumpulan Semut Dilihat Gigih ‘Melarikan’ Sesuatu, Ingatkan Sisa Makanan, Rupanya Rantai Emas! - sajagempak.com

Semut juga seringkali dikaitkan dengan kerajinan yang tinggi kerana mereka dilihat seolah-oleh tidak pernah berputusa asa ketika mahu melakukan sesuatu seperti mengangkat benda-benda yang besar dan lebih berat daripada mereka.

Baru-baru ini tular video mengenai sekumpulan semut yang menjadi bahan perbualan orang ramai disebabkan gelagatnya. Berlaku di Indonesia, satu video yang kelihatan agak aneh memaparkan sekumpulan semut sedang gigih bertungkus lumus menghurungi dan mengangkut sesuatu benda yang besar. Sekumpulan Semut Dilihat Gigih ‘Melarikan’ Sesuatu, Ingatkan Sisa Makanan, Rupanya Rantai Emas! - sajagempak.com

Pada mulanya, semut-semut ini disangkakan sedang mengangkat sisa-sisa makanan atau bangkai serangga lain, namun ternyata sangkaaan itu salah sama sekali! Bila diperhatikan dengan teliti, rupanya semut-semut itu sedang mengangkut dan ‘melarikan seutas rantai emas!

Perakam video yang merupakan pemilik rantai emas itu berasa hairan dan bingung memikirkan bagaimana kumpulan semut itu boleh berpakat untuk ‘melarikan rantai emasnya. Mujurlah perbuatan semut-semut itu disedari oleh wanita ini yang kemudian merakamkan video tersebut.

VIDEO 1:

Saya tidak tahu nak kata apa lagi, tetapi serius saya terperanjat memikirkan ke mana semut itu nak bawa rantai saya. Harap selepas ini orang lain akan tahu dan lebih berhati-hati dalam menyimpan barang. Ini modus pencurian yang baru.

Alahai, mujurlah wanita pemilik rantai ini nampak perbuatan semut-semut itu, kalau tidak mungkin tak pasal-pasal orang lain boleh kena tuduh mencuri pula kan.

VIDEO 2:

Rata-rata netizen terhibur melihat video yang dikongsikan itu dan berseloroh mengatakan semut-semut itu mahu menjual rantai itu bagi membeli gula.

Facebook Comments Box