Selalu Gagal Menyimpan Duit Dengan Berkesan, Lelaki Akhirnya Jumpa Teknik Mudah Simpan Duit Dengan Bijak

Boleh dikatakan semua orang tahu akan kebaikan menabung atau menyimpan wang, namun tidak ramai yang boleh mempraktikkan cara yang betul-betul berkesan terhadap diri mereka. Seringkali, duit tersebut akan terbazir untuk benda lain yang mungkin tidak diperlukan dan akhirnya duit simpanan pun kurang.Selalu Gagal Menyimpan Duit Dengan Berkesan, Lelaki Akhirnya Jumpa Teknik Mudah Simpan Duit Dengan Bijak - sajagempak.com

Tular perkongsian seorang pengguna yang dikenali sebagai Khangwei mengenai kisahnya yang berjaya menabung menggunakan teknik yang berkesan. Dipendekkan cerita, dia sudah menyimpan niat untuk menabung dari tahun lepas lagi tetapi gagal untuk berbuat demikian atas pelbagai alasan.

Dia pernah mencuba cara yang digunakan oleh kawannya iaitu dengan menyimpan RM20 sehari. Namun kemudian dia menyedari jumlah RM20 sehari itu terlalu tinggi dan membebankan berdasarkan pendapatannya.Selalu Gagal Menyimpan Duit Dengan Berkesan, Lelaki Akhirnya Jumpa Teknik Mudah Simpan Duit Dengan Bijak - sajagempak.com

Akhirnya selepas berfikir dia kemudian mendapat idea cara terbaru untuknya menabung atau menyimpan duit dengan berkesan dan bijak.

Apa cara yang digunakannya? Jom kita lihat cara-cara menyimpan duit yang dipraktikkannya dengan berkesan.

Teknik simpan duit

1. Simpan sekeping duit RM1 dan RM5 di dalam tabung atau di dalam botol pada setiap hari.

Selalu Gagal Menyimpan Duit Dengan Berkesan, Lelaki Akhirnya Jumpa Teknik Mudah Simpan Duit Dengan Bijak - sajagempak.com

2. Sekiranya tiada sekeping duit RM5 di dalam wallet, haruslah digantikan dengan duit RM1 sebanyak 5 keping.

3. Jika tiada RM1 dan RM5 sekeping dalam tangan, jadi, haruslah meletakkan wang bernilai RM10 sebagai ganti ke dalam tabung.

4. Wajib atau perlu simpan dalam tabung RM50 pada setiap kali hari gaji

Selepas menggunakan teknik ini untuk menyimpan duit selama 3 bulan, Kwangwei memberitahu bahawa dia telah berjaya mengumpulkan duit yang lebih kurang sama dengan gajinya sebulan selepas dia mengiranya.Selalu Gagal Menyimpan Duit Dengan Berkesan, Lelaki Akhirnya Jumpa Teknik Mudah Simpan Duit Dengan Bijak - sajagempak.com

Teknik ini berkesan kerana dengan menyimpan duit dalam bekas botol air, dia dapat menghalang dirinya daripada mengambil dan menggunakan duit tersebut.

Jika anda masih belum lagi menemui cara menabung duit dengan berkesan di rumah, anda boleh cuba cara ini pula, mana tahu berkesan bukan?

Facebook Comments Box