Tidak dinafikan bersenam itu merupakan aktiviti yang bagus untuk kesihatan manusia. Malah kita sering disarankan agar sentiasa bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu bagi mengekalkan kecergasan badan dan minda kita.
Banyak jenis senaman yang boleh dilakukan sama ada di luar mahupun di dalam rumah mengikut kesesuaian kita. Baru-baru ini tular satu jenis senaman dari negara China yang dengan pantas menjadi tular di kalangan penduduknya.
Namun begitu, senaman itu sangatlah aneh malah turut digelar senaman buaya merangkak atau crocodile crawl. Diinspirasikan daripada buaya,senaman unik ini didakwa boleh membantu merawat sakit belakang.
Senaman buaya merangkak (crocodile crawl) ini dilakukan dengan satu kumpulan barisan panjang dan meniarap bagaikan seekor buaya dan kemudiannya membuat aksi seakan merangkak.
Bukan sahaja didakwa mampu melegakan sakit belakang, senaman ini kata mereka boleh menguatkan otot dan meningkatkan kekuatan periferi.
Ketua kumpulan Crocodile Crawl di Xiangshan mengakui bahawa dia pernah menderita dengan masalah sakit pada tulang belakang namun dia berjaya berjaya mengatasi masalah itu selepas melakukan senaman buaya merangkak sejak 8 bulan lepas.
Walaubagaimanapun, tidak semua orang yang sesuai melakukan senaman ini kerana ianya tidak sesuai untuk pesakit diabetes, darah tinggi dan jantung. Hal ini kerana senaman buaya merangkak ini didakwa akan meningkatkan tekanan darah dengan laju dan memberi tekanan kepada jantung.
Jika anda berminat untuk melakukan senaman ini, anda boleh tengok video di bawah ini untuk rujukan.
VIDEO:
Bagaimanapun senaman Crocodile Crawl ini tidak sesuai untuk pesakit diabetes, darah tinggi dan jantung kerana ia senaman ini dapat meningkatkan tekanan darah dengan cepat serta memberi tekanan kepada jantung.
Akhir kata,sesibuk manapun anda, jangan lupa untuk bersenam (buatlah apa-apa jenis senaman yang sesuai) atau bersukan demi mendapatkan hidup yang lebih sihat dan cergas.