“Seolah-olah Suara Merayu Meminta Tolong Dari Tanah Kubur..” Kejadian Aneh Di Perkuburan Bikin Netizen Tersentak

Seorang ibu tiga anak memeberitahu videonya yang tular ketika duduk di atas jengkaut berdekatan tanah perkuburan dirakam tanpa sengaja dan tidak sangka ianya menjadi tular.

“Seolah-olah Suara Merayu Meminta Tolong Dari Tanah Kubur..” Kejadian Aneh Di Perkuburan Bikin Netizen Tersentak

Wanita yang dikenali sebagai Siti Natrah Ismail memberi respon mengenai video yang dimuat naik di laman facebook hingga menjadi bualan netizen

Menerusi rakaman video berdurasi 14 saat itu, kedengaran suara misteri seperti merayu dan meraung meminta tolong ketika Siti Natrah berseorangan duduk di atas jengkaut di kawasan tanah perkuburan berkenaan sehingga mendapat perhatian warganet.

Bercerita lanjut, Siti Natrah berkata, video berkenaan dirakam sekitar 3.45 petang ketika berada di Tanah Perkuburan Islam Sireh, Pelabuhan Klang, Selangor.

“Saya ke tanah perkuburan kerana mahu menyerahkan barangan ayah yang juga penggali kubur di situ.

“Seolah-olah Suara Merayu Meminta Tolong Dari Tanah Kubur..” Kejadian Aneh Di Perkuburan Bikin Netizen Tersentak

“Sementara menunggu ayah tiba, saya duduk di atas sebuah jengkaut dan entah kenapa, saya tergerak untuk merakam video pada hari itu.

“Sedangkan, ayah melarang berbuat demikian kerana mahu kawasan tanah perkuburan dihormati,” katanya.

Menurut Siti Natrah, pada waktu itu, angin bertiup kuat dan tidak mendengar dan menyedari adanya suara berkenaan sehingga memainkan semula video berkenaan beberapa kali selepas meninggalkan kawasan tanah perkuburan.

Katanya, video itu mulanya dimuat naik pada ruangan status di aplikasi WhatsApp.

“Bagi mendapat kepastian, saya hantar video itu daripada keluarga dan rakan terdekat.

“Seolah-olah Suara Merayu Meminta Tolong Dari Tanah Kubur..” Kejadian Aneh Di Perkuburan Bikin Netizen Tersentak

“Ingatkan, hanya saya saja yang mendengar suara aneh itu. Rupanya, keluarga dan rakan juga terdengar suara yang sama.

“Tidak pasti dari mana datangnya suara itu tetapi ia seolah-olah suara meminta tolong dari dalam kubur,” katanya yang bekerja sebagai pembantu tadika.

Menurut Siti Natrah, video dimuat naik itu adalah yang asal tidak disunting dengan niat untuk meraih tontonan

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk menggunakan menyunting video. Selama ini, saya hanya tahu menyunting gambar saja ,” katanya.

Wanita ini juga memberitahu terpulang kepada netizen untuk menilai sendiri sama ada untuk percaya atau tidak apa yang dikongsikannya, apa yang mereka dengar dari video tersebut.

“Saya tidak pernah merakam video di kawasan tanah perkuburan sebelum ini kerana ayah melarang berbuat demikian kerana mahu tempat itu dihormati.

VIDEO:

“Video itu benar-benar membuatkan saya tersentak dan memang memberi peringatan kepada diri sendiri saya untuk sentiasa ingat akan kematian,” katanya.

Siti Natrah bagaimanapun berharap semoga mereka yang melihat video itu akan dapat mengambil iktibar daripada perkongsiannya itu.

Kredit: Harian Metro

Facebook Comments Box