Serba Salah Diminta Hantar Duit Besar Hampir RM30,000, Tak Sangka Kejujurannya Datangkan Rezeki Tak Diduga

Dalam mana-mana pekerjaan di dunia ini, sikap kejujuran dan keikhlasan adalah sangat penting bagi seorang pekerja dan jugas majikan mereka. Selalu dengar orang kata, rezeki tidak pernah salah alamat. Namun, berkatkah rezeki kita andai ianya diterima melalui proses yang penuh penipuan, tidak jujur dan melibatkan sesuatu kerja yang melanggar undang-undang? Sudah pasti tidak bukan.Serba Salah Diminta Hantar Wang Tunai Hampir RM30,000, Tak Sangka Kejujurannya Bawa Rezeki Tak Disangka

Kisah ini berlaku pada tahun 2020 mengenai seorang runner Gojek di Indonesia yang telah mendapat satu rezeki yang tidak diduga kerana melakukan tugasnya dengan jujur meskipun terdapat ‘godaan’ wang yang banyak.

Ceritanya bermula apabila runner Gojek ini baru sahaja keluar dari sebuah masjid selepas solat, datang seorang lelaki yang menghampirinya dan menyatakan hasrat mahu menggunakan khidmatnya untuk menghantar duit untuk anaknya.

Walaubagaimanapun, jumlah duit yang mahu dihantar itu ternyata sangat besar sekali iaitu 100 juta rupiah atau lebih kurang RM29,500.Serba Salah Diminta Hantar Wang Tunai Hampir RM30,000, Tak Sangka Kejujurannya Bawa Rezeki Tak DisangkaNamun meskipun teragak-agak, runner Gojek itupun bersetuju untuk melakukan tugas yang diberikan kepadanya dan berjaya melakukannya dengan lancar tanpa apa-apa masalah.

Namun apa yang tidak diketahui oleh runner Gojek tu adalah lelaki yang menjadi pelanggannya itu adalah seorang youtuber tempatan yang bertujuan untuk menguji kejujurannya.

Dalam pertemuan mereka yang seterusnya, pelanggannya itu pun berterus terang kepadanya. Tapi kemudian pelanggan itu menyerahkan kunci kepadanya hingga membuatkan bingung dan tertanya-tanya.Serba Salah Diminta Hantar Wang Tunai Hampir RM30,000, Tak Sangka Kejujurannya Bawa Rezeki Tak DisangkaAlangkah terkejutnya runner Gojek itu apabila mengetahui kunci yang diberikan kepadanya adalah kunci sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran dan dihadiahkan kepadanya oleh lelaki tersebut.

Air mata mengalir dari mata runner Gojek dan dia terus bersujud syukur atas rezekinya. Motosikal itu dihadiahkan oleh youtuber HasanJr11 sebagai ganjaran buatnya yang jujur dan ikhlas ketika melakukan tugas.

VIDEO:

Di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen turut terharu dan bergembira dengan rezeki yang diperoleh runner Gojek berkenaan. Ramai yang tersentuh ketika saat dia diminta hantar duit, dia sempat lagi bertanya sama ada duit itu halal atau tidak.

Facebook Comments Box