Sering Curi Selipar Orang, Kegiatan Oyen Terbongkar Selepas ‘Kantoi’ Dalam Rakaman CCTV

Seorang wanita yang dikenali sebagai Amirah mengalami satu pengalaman yang anak pelik apabila seliparnya seringkali hilang. Hilang selipar bukanlah satu perkara aneh malah ianya sering berlaku sama ada kena curi, lupa tempat letak dan sebagainya.Sering Curi Selipar Orang, Kegiatan Oyen Terbongkar Selepas ‘Kantoi’ Dalam Rakaman CCTV - sajagempak.com

Namun seorang wanita di Singapura ini mengalami kes kehilangan selipar yang agak misteri dan membingungkannya kerana seliparnya hanya hilang sebelah sahaja. Jika orang nak curi ke apa, mesti mereka ambil kedua-dua belah selipar bukan?

Keluarga wanita ini pula menganggap selipar itu hilang kerana mungkin kena sapu oleh cleaner secara tidak sengaja.Sering Curi Selipar Orang, Kegiatan Oyen Terbongkar Selepas ‘Kantoi’ Dalam Rakaman CCTV - sajagempak.com

Walaubagaimanapun, wanita ini bertambah bingung apabila kejadian yang sama berlaku lagi hingga empat kali dan kesemua seliparnya itu hanya hilang sebelah sahaja. Pelik bukan?

Bukan itu saja, kesemua selipar yang hilang sebelah itu pula merupakan selipar yang berjenama terkenal iaitu Adidas, Puma dan Vans.

Sering Curi Selipar Orang, Kegiatan Oyen Terbongkar Selepas ‘Kantoi’ Dalam Rakaman CCTV - sajagempak.com

Amirah dan keluarganya mula merasakan sesuatu yang tak kena dan berpendapat ada orang yang sengaja mengenakan mereka.

Akhirnya teka teki kehilangan selipar-selipar itu pun terbongkar suatu hari apabila perlakunya berjaya dirakam dalam rakaman CCTV.Sering Curi Selipar Orang, Kegiatan Oyen Terbongkar Selepas ‘Kantoi’ Dalam Rakaman CCTV - sajagempak.com

Rupa-rupanya si pencuri selipar itu bukannya manusia tetapi seekor kucing berwarna oren putih. Kucing itu pula merupakan kucing milik jiran mereka yang berada di tingkat atas.

VIDEO:

Menurut jirannya, mereka sedar kucing mereka sering membawa selipar orang dan sebab mereka tidak tahu siapa pemilik selipar, mereka biasanya meletakkan balik selipar-selipar tersebut di sebelah pintu lif agar boleh ditemui oleh pemilik-pemiliknya.

Facebook Comments Box