Setiap kali pergi ke temuduga contohnya temuduga kerja, sudah pasti akan ada perasaan gemuruh dan cuba menenangkan diri sebaik mungkin. Dan apabila kita pergi ke tempat kerja buat kali pertama selepas diterima masuk kerja, sudah pasti kita akan mahu menjaga penampilan dan adab di tempat yang baharu dengan orang-orang (pekerja) yang baru dikenali.
Kebiasaannya, pada ketika kita diterima untuk bekerja, sudah pasti kita akan berasa gembira dan bersyukur. Namun, keadaan berbeza dialami oleh seorang wanita ini yang menceritakan hari pertama dia mula bekerja.
Berkongsi pengalaman melalui akaun TikToknya @tomey8, wanita ini menceritkakan kisah dan saat-saat sedih ketika dia mula bekerja, tapi kemudian disurh oleh majikan untuk pulang selepas majikan melihat penampilannya yang berbadan BESAR.
VIDEO Part 1:
Pada permulaan video yang dikongsikannya, wanita ini menasihatkan orang ramai tertuama yang mempunyai berat badan berlebihan agar belajar menurunkan berat badan mereka sebelum memohon kerja agar tidak mengalami nasib sama sepertinya. Ini kerana diluar sana ada ramai yang suka pandang rendah kepada orang berbadan gempal.
Wanita ini juga mengakui niat asalnya untuk menurunkan berat badan adalah supaya boleh solat dengan lancar dan tidak dipandang rendah lagi oleh orang sekeliling.
VIDEO Part 2:
VIdeo perkongsian wanita itu pantas menjadi tular dan rata-rata netizen berasa sebak mendengar kisah penghinaan yang dialami oleh wanita itu hanya disebabkan berbadan besar.
Di ruangan komen juga ramai yang memberikan kata-kata semangat buat wanita ini agar terus bersabar serta teruskan berusaha untuk menurunkan berat badan.
Antara komen-komen netizen:
Keluarga dan sanak saudara sendiri pun ada yang melakukan B0DY shaming
Terus berusaha dan jangan give up!
Semoga wanita ini berjaya dalam usahanya untuk menurunkan berat badan. Nasihat buat semua majikan di luar sana, nak cari pekerja, janganlah pandang fizikal orang tapi carilah orang yang boleh buat kerja dengan baik.