Sering Jatuh Dan Sukar Berjalan, Lelaki Tekad Berubah Dan Berjaya Kurangkan 81kg Dalam Masa Setahun

Masalah obesiti dan berat badan berlebihan dikalangan masyarakat zaman sekarang memang sesuatu yang agak merisaukan. Ramai orang yang tidak menjaga kesihatan dan pemakanan mereka disebabkan kesibukan atau malas dan akhirnya tubuh badan mereka terabai dan ramai yang bermasalah berat badan berlebihan.Sering Jatuh Dan Sukar Berjalan, Lelaki Tekad Berubah Dan Berjaya Kurangkan 81kg Dalam Masa Setahun

Tak kurang juga dengan makanan minuman yang tular dan popular pada zaman sekarang kebiasaannya mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Sebenarnya ramai orang tahu akan cara untuk mengurangkan berat badan, tapi tak ramai yang sanggup ‘berkorban’ untuk melakukannya dan kebanyakannya cuma melakukannya setengah masak atau ‘hangat hangat tahi ayam’ sahaja.

Sering Jatuh Dan Sukar Berjalan, Lelaki Tekad Berubah Dan Berjaya Kurangkan 81kg Dalam Masa Setahun

Baru-baru ini, tular mengenai seorang lelaki yang dikenali sebagai Nes Chetragull yang berasal dari Thailand dan mempunyai masalah berat badan berlebihan yang teruk. Nes Chetragull mempunyai berat badan 156kg dan menyebabkannya sukar untuk melakukan aktiviti seharian.

Lagi teruk apabila dia sukar untuk berjalan kemana-mana dan sering terjatuh ketika berjalan. Nes Chetragull juga mengakui dirinya sukar untuk tidur.

Sering Jatuh Dan Sukar Berjalan, Lelaki Tekad Berubah Dan Berjaya Kurangkan 81kg Dalam Masa Setahun

Oleh kerana sudah bosan dan risau dengan keadaan dirinya dan memikirkan masa depan, Nes tekad untuk berusaha mengurangkan berat badannya dan akhirnya disebabkan keazaman yang tinggi, dia berjaya melakukan transformasi hebat dalam masa setahun iaitu bermula Ogos 2019 sehingga Julai 2020.

Atas usaha kerasnya, Nes Chetragull berjaya menurunkan berat badannya dari 156kg sehingga menjadi 75kg iaitu pengurangan sebanyak 81 kg dalam setahun!

Sering Jatuh Dan Sukar Berjalan, Lelaki Tekad Berubah Dan Berjaya Kurangkan 81kg Dalam Masa Setahun
Berat badan berkurang lebih separuh

Nes Chetragull berkongsikan apa yang dilakukannya sehingga berjaya menurunkan berata badan dengan berkesan. Nes memberitahu demi mencapai matlamatnya, dia terpaksa berkorban ‘kenikmatan’ untuk seketika apabila tidak mengambil makanan ringan atau bergoreng, ‘jajan’ yang mempunyai kandungan gula tinggi, pencuci mulut tradisional Thailand serta teh susu.

Sering Jatuh Dan Sukar Berjalan, Lelaki Tekad Berubah Dan Berjaya Kurangkan 81kg Dalam Masa Setahun

Sebagai gantinya dia memilih makanan yang lebih berkhasiat dan bernutrisi tinggi seperti menu sarapan pagi yang dikongsikannya (gambar diatas)

Nes Chetragull juga turut melakukan aktiviti senaman dengan berjalan selama satu atau dua jam sehari dan berbasikal untuk menguatkan stamina dan kecergasannya.

Sering Jatuh Dan Sukar Berjalan, Lelaki Tekad Berubah Dan Berjaya Kurangkan 81kg Dalam Masa Setahun

Nes Chetragull membuktikan tiada yang mustahil asalkan kita berusaha. Buat sesiapa yang mahu mengurangkan berat badan, lakukanlah dengan bersungguh-sungguh dan penuh kesabaran, biar ‘sengsara’ sekejap tapi anda pasti akan gembira dengan hasilnya nanti.

Kredit: Nes Chetragull

Facebook Comments Box