Sering Kena Buli Sebab Gigi Buruk Tak Teratur, Gadis Kongsi Perubahan Buat Ramai Terpegun.
Lumrah manusia, sentiasa suka nak melihat dan mempertikaikan kekurangan fizikal orang lain. Jika tidak sedap dipandang mata, maka kata-kata hinaan yang keluar di mulut.
Seorang gadis menerusi Twitter dengan nama akaun Farah. N telah menceritakan pengalaman hidupnya yang pernah menjadi mangsa buli hanya disebabkan dia mempunyai gigi yang tidak teratur dan secantik orang lain.
Kena ejek sebab gigi buruk
Bertekad untuk tidak mahu lagi menjadi mangsa kutukan, Farah menerusi tweet telah berkongsi perubahan diri sehingga ramai yang begitu terpegun apabila giginya sudah cantik dan teratur setelah memakai pendakap gigi.
Sebelum dan selepas senyuman tetap cantik
Tweet tersebut (tweet dia bawah post) yang kini sudah mencecah 7 ribu retweet dan 20 ribu tanda suka, mendapat pelbagai reaksi netizen yang bangga dengan keyakinan dan perubahan Farah.
Mesti sakit gila gigi kena tarik
Aww cantiknya awak sekarang
Memang pedih apabila fizikal kita menjadi bahan hinaan orang lain, betul orang kata beauty is pain, tapi kesakitan sebenar adalah pandangan rendah orang lain terhadap kita.
Tahniah Farah, semoga terus yakin dengan diri sendiri.
VIDEO:
I was mocked & cyberbullied because of my teeth since primary school until diploma 🙁 BUT here’s my glow up ?✨?? #Glowupchallenge pic.twitter.com/RpoPDg4F1B
— Farah N. (@faithsug3r_) April 16, 2020
Sumber: Twitter Farah N.