“Seronok la korang boleh rentas negeri, boleh jalan-jalan guna nama NGO” – Cikgu Beri Penjelasan Selepas Disindir Pasal Rentas Negeri 

Topik rentas negeri sememangnya menjadi bualan hangat orang ramai pada masa sekarang. timbul banyak pendapat yang bersetuju dan tidak setuju dengan cara pelaksanaannya. perkara ini menjadi makin hangat lebih lagi apabila ada orang kenamaan atau public figure yang dilihat seakan-akan menyalahgunakan kebenaran rentas negeri.sajagempak.com -“Seronok la korang boleh rentas negeri, boleh jalan-jalan guna nama NGO” - Cikgu Beri Penjelasan Selepas Disindir Pasal Rentas Negeri 

Disebabkan ‘kehangatan’ isu rentas negeri tersebut, seorang guru tidak terkecuali menerima tempiasnya gara-gara sering memuat naik gambar mengedarkan bantuan serta sumbangan untuk golongan memerlukan di seluruh pelusuk negara.

Menerusi satu posting di Facebook, Mohd Fadli Salleh berkata dia pernah menerima kata-kata berunsur sindiran disebabkan kerap dilihat ‘bebas’ ke mana-mana lokasi.

“Seronok la korang boleh rentas negeri, boleh jalan-jalan, guna nama NGO hantar bantuan je”. Okay, meh aku ceritakan keseronokan team kami ya. Baca dan hadamkan,” tulis guru ini yang juga aktivis kebajikan Pertubuhan Dana Kita.

sajagempak.com -“Seronok la korang boleh rentas negeri, boleh jalan-jalan guna nama NGO” - Cikgu Beri Penjelasan Selepas Disindir Pasal Rentas Negeri 

Pertubuhan Kebajikan Dana Kita aktif menyalurkan bantuan ketika Ramadan.

Menurut Mohd Fadli, pasukannya akan bergerak ke lokasi penerima bantuan pada petang Jumaat selepas masing-masing menyelesaikan kerja hakiki.

“Pulang mandi bersiap, salam semua ahli keluarga, pergi ke stor angkat barang naik lori. Satu kotak set barang dapur dapur itu beratnya sekitar 8kg. Dalam Ramadan ini saja, sudah lebih 12,800 set barang dapur kami agih. 12,800 darab 8 kilogram (kg) kesemuanya 102,400 (kg).

“Seratus ribu kilogram pikul pakai tenaga manusia yang beberapa kerat ini sahaja. Baru seminggu puasa. Sebelum bergerak ke negeri yang dituju pun penat yang amat mengangkat.

“Dah bergerak, bukan boleh rehat. Bukan kami naik flight. Sendiri kena drive lori gilir-gilir,” ceritanya.

sajagempak.com -“Seronok la korang boleh rentas negeri, boleh jalan-jalan guna nama NGO” - Cikgu Beri Penjelasan Selepas Disindir Pasal Rentas Negeri 

Cikgu Mohd Fadli menyerahkan kotan bantuan berupa barangan dapur kepada salah seorang penerima.

Menempuhi perjalanan yang jaraknya mencapai ratusan kilometer bukan sahaja memenatkan, malah menurut Mohd Fadli, pasukannya juga hanya sempat mengalas perut ketika berada di atas jalan raya.

Tambah Mohd Fadli, sebaik sampai di lokasi, mereka hanya sempat melepaskan lelah dan melelapkan mata di tempat penginapan tidak lebih dari empat jam sebelum memulakan misi bantuan pada keesokan harinya.

“Bangun je tidur, mandi bersiap terus hantar barang dapur ke lokasi yang ditetapkan. Kena angkut lagi barang bawa turun. Ulang sekali lagi, 8kg satu kotak. Kalau 3,000 kotak dah 24,000kg. Ya, angkat guna tenaga manusia. Guna kudrat dan ‘reng’ kami.

Adakah gaji diberi 1,000 sehari? Tidak. Kosong. Tiada. Tiada seorang pun antara kami bergaji.

Turut terkena tempias isu rentas negeri, Mohd Fadli (gambar kecil) berkongsi kisah team Dana Kita yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi menyampaikan amanah kepada penerima.

“Esok rutin sama diulang lagi. Masa dalam kereta, letak je kepala pasti lena. Bangkit lena, tukar jadi driver pula. Mulut ternganga ke, berdengkur macam enjin jet ke, tiada siapa marah.

“Paling kuat kami ambil gambar dan post dalam grup kami kemudian saling gelak satu sesama. Pulang dari misi biasanya sampai pukul 3 atau 4 pagi. Pukul 8 pagi jap lagi kena terpacak ditempat kerja masing-masing pula,” ceritanya.

Biarpun tidak cukup masa untuk rehat dan terpaksa mengorbankan waktu hujung minggu masing-masing, namun ujarnya semangat untuk menggerakkan misi bantuan begitu berkobar-kobar.

sajagempak.com -“Seronok la korang boleh rentas negeri, boleh jalan-jalan guna nama NGO” - Cikgu Beri Penjelasan Selepas Disindir Pasal Rentas Negeri 

Team Dana Kita sempat melepaskan penat ketika singgah sebentar di mana-mana lokasi sewaktu menghantar bantuan. Bukan sahaja sanggup mengorbankan masa bersama keluarga, team Dana Kita juga tidak dibayar gaji sebaliknya ikhlas menghulurkan bantuan yang sudah diamanahkan.

“Team kami ini, pantang semboyan ditiup, berderet sahut. Padahal baru pulang dari misi memenatkan tiga hingga empat hari, pun nak buat lagi dan lagi. Gila dah mereka semua ni nak buat baik. Pakat berebut dan berlumba.

“Tinggal anak isteri, tinggal perniagaan, tangguh temujanji, tinggal makanan sedap, tinggal rehat yang sempurna atas katil empuk kat rumah hanya untuk join setiap misi bantuan kami.

“Berapa agaknya gaji mereka sehari sampai sanggup tinggalkan semua kesenangan dan pikul segala macam cabaran ni? Adakah gaji diberi 1,000 sehari? Tidak. Kosong. Tiada. Tiada seorang pun antara kami bergaji.

“Dan masih ada nak kata dengan sinis ‘seronok la korang. Boleh jalan-jalan’. Katakanlah semahu kamu. Kami hanya senyum dan teruskan saja. Kerana kerja buat kami ini bukan kerana kamu. Ia kerana amanah yang terpikul di bahu ini. Yang dikirim ribuan orang kepada kami,” tulisnya lagi.

Sumber: mStar

 

Facebook Comments Box