Sejak dibenarkan merentas negeri dan melancong, salah satu tempat yang menjadi pilihan ramai untuk melancong adalah di Langkawi. Begitu juga dengan satu keluarga ini yang membuat keputusan datang untuk bercuti ke Langkawi.
Juga sudah menjadi kebiasaan buat kita untuk mengambil gambar atau video ketika bercuti untuk menyimpan momen-momen tertentu untuk dijadikan. kenangan.
Seperti keluarga ini, difahamkan mereka telah membeli drone yang mereka berhasrat untuk menggunakannya sebagai perakam video.
Namun ketika mereka berada di satu tempat di tepi pantai, saat sedang merakam video guna drone tersebut, tiba-tiba sahaja seekor helang datang dan terus mencengkam dan membawa terbang drone tersebut.
Aduh, tengah syok nak melambai dan berposing, keluarga ini dikejutkan dengan seekor helang yang datang entah dari mana dan tiba-tiba mencengkam dan membawa pergi drone tersebut, seolah-olah dah lama mensasarkannya.
Aduh! Agak malang apabila drone yang baru sahaja dibeli terus kena ‘curi’ oleh helang.
Diruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib keluarga ini yang kehilangan drone milik mereka, tak kurang juga yang berasa kagum melihat video aksi helang itu menyambar dan mencuri drone.
Antara komen-komen netizen:
Langkawi memang banyak helang..
Lambaian akak tu..
Beberapa pengguna juga mengatakan Langkawi bukanlah tempat yang selamat dan sesuai untuk menggunakan drone kerana jumlah burung helang yang banyak dan boleh ditemui hampir di semua tempat di pulau tersebut.
VIDEO:
Kredit-: Besi Hitam