Setahun Tak Bayar Sewa, Penyewa Dari Neraka Ubah Rumah Menjadi Lautan Sampah Dan Sebabkan Kerugian Hampir RM80,000

Seorang pemilik rumah flat mendapat kerugian hampir RM80,000 gara-gara seorang penyewa lelaki yang bermasalah, pengotor dan tidak membayar sewa selama setahun.Setahun Tak Bayar Sewa, Penyewa Dari Neraka Ubah Rumah Jadi Lautan Sampah Dan Sebabkan Kerugian Hampir RM80,000 - sajagempak.com

Rumah flat dua bilik itu telah dijadikan lautan lautan 8,000 tin minuman keras, makanan busuk dan basi dan tandas yang tersumbat dengan tisu tandas yang ada kesan najis serta kotoran hingga setinggi empat kaki.

Pekerja pembersihan yang merupakan pakar pengurusan air bersih dan buangan, Freddie Gillium-Webb yang diupah oleh pemilik rumah untuk membersihkan rumah tersebut telah muntah sampai 3 kali kerana tidak tahan dengan keadaan kotor dalam rumah tersebut.Setahun Tak Bayar Sewa, Penyewa Dari Neraka Ubah Rumah Jadi Lautan Sampah Dan Sebabkan Kerugian Hampir RM80,000 - sajagempak.com

Freddie Gillium-Webb terperanjat besar sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah flat dua bilik berkenaan yang terletak di Andover, Hampshire di United Kingdom.Setahun Tak Bayar Sewa, Penyewa Dari Neraka Ubah Rumah Jadi Lautan Sampah Dan Sebabkan Kerugian Hampir RM80,000 - sajagempak.comSebaik sahaja saya berjalan melalui pintu, terdapat tin bir di mana-mana saja dan baunya sangat busuk.

Dia (penyewa) jelas tidak menggunakan tong sampah sama sekali kerana dapurnya penuh dengan sisa makanan dan di ruang tamu terdapat saki baki kebab yang dimakan separuh.Setahun Tak Bayar Sewa, Penyewa Dari Neraka Ubah Rumah Jadi Lautan Sampah Dan Sebabkan Kerugian Hampir RM80,000 - sajagempak.com

Di tingkat atas ada beg sampah yang penuh dengan puntung rokok selain lantai tidak kelihatan kerana terdapat banyak tin bir. Saya rasa saya telah membuang kira-kira 8,000 secara keseluruhannya.

Tandas bilik mandi pula tidak dibersihkan, sebaliknya tisu tandas yang mempunyai kesan najis berlonggok seperti ‘menara’.Setahun Tak Bayar Sewa, Penyewa Dari Neraka Ubah Rumah Jadi Lautan Sampah Dan Sebabkan Kerugian Hampir RM80,000 - sajagempak.com

Freddie Gillium-Webb mengambil masa selama lebih kurang 30 jam untuk membersihkan rumah tersebut dan mengambil masa selama 3 hari berturut-turut.

“Saya rasa saya dah guna 10 beg plastik besar dan 10 botol cecair peluntur. Saya kerja dalam bidang pengurusan sisa air, jadi saya tak mudah nak muntah. Tetapi bila buat kerja-kerja pembersihan seperti ini, rasanya dah 20 kali hampir termuntah,” ujarnya.Setahun Tak Bayar Sewa, Penyewa Dari Neraka Ubah Rumah Jadi Lautan Sampah Dan Sebabkan Kerugian Hampir RM80,000 - sajagempak.com

Freddie berpendapat penyewa seperti ini patut tidak dibenarkan menyewa mana-mana rumah lagi kerana hanya akan membawa kepada lebih banyak masalah kepada golongan pemilik rumah.

Facebook Comments Box