“Setiap kali dating memang guna duit dia” – Kenal Dari Form 2, Pasangan Berlainan Uniform Ini Akhirnya Menjadi Suami Isteri

SUATU ketika dahulu, dua individu ini bergambar kenang-kenangan dalam pakaian seragam badan beruniform sebagai rakan satu sekolah sahaja. Kini siapa sangka mereka sudah berkahwin dan mampu bergambar dalam pakaian seragam kerja masing-masing?sajagempak.com - “Setiap kali dating memang guna duit dia” - Kenal Dari Form 2, Pasangan Berlainan Uniform Ini Akhirnya Menjadi Suami Isteri

Begitulah kisah melibatkan pasangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Muhammad Zaihan Aizaac Mohd Zaidin dan isterinya, pegawai Jabatan Imigresen Malaysia, Nur Liana Wan Othman yang baru melangsungkan perkahwinan pada 15 Jun lalu.

Mesra disapa Zaihan, dia mengakui mula berkenalan dengan isterinya sewaktu masing-masing berusia 14 tahun dan tidak menyangka ia berkekalan sehingga ke hari ini.

Jelasnya, banyak liku yang ditempuhi bersama sebelum mereka berdua yang berasal dari Simpang Renggam, Johor, itu mendapat tawaran pekerjaan yang diimpikan.

“Selepas habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kami ambil lesen memandu. Kami berdua kerja di restoran KFC. Lepas tu saya sambung tingkatan enam sekejap. Isteri tukar kerja kilang. Dalam lima bulan lepas tu terus dia dapat tawaran Imigresen.

“Alhamdulillah dia tak pernah putus asa nak kerja elok di usia muda. Masa tu isteri umur 18. Tak lama lepas tu saya pula dapat tawaran berkhidmat dalam TUDM,” ujarnya kepada mStar.

sajagempak.com - “Setiap kali dating memang guna duit dia” - Kenal Dari Form 2, Pasangan Berlainan Uniform Ini Akhirnya Menjadi Suami Isteri

 

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada bulan lepas. (Foto: Ceritera Photography)

Jelas Zaihan, dia dan isteri bersyukur apabila mendapat peluang pekerjaan dan mula mengumpul wang untuk mendirikan rumah tangga.

Atas rezeki yang dikurniakan serta sokongan keluarga, perkenalan sejak di bangku sekolah itu berakhir di jenjang pelamin pada bulan lalu.

Menurut Zaihan lagi, banyak pengorbanan air mata dan penantian yang terpaksa ditempuhi sebelum mereka berdua sampai ke tahap hari ini.

Tak pernah saya jumpa perempuan yang sanggup susah senang dengan saya.
MUHAMMAD ZAIHAN AIZAAC

“Alhamdulillah tidak dilupakan juga ibu bapa kami yang sentiasa support dari segi kewangan sewaktu kami baru bekerja.

“Tapi sebenar-benarnya benda ni tak mudah. Banyak pengorbanan air mata, penantian yang terpaksa kami hadap untuk sampai ke tahap ni.

“Semua benda baik pada kami atas doa ibu bapa kami juga,” ujarnya.

sajagempak.com - “Setiap kali dating memang guna duit dia” - Kenal Dari Form 2, Pasangan Berlainan Uniform Ini Akhirnya Menjadi Suami Isteri

 

Zaihan dan isteri mula berkenalan sejak berusia 14 tahun. (Foto: Ceritera Photography)

Mengimbas kisah sewaktu dia belajar di tingkatan enam, Zaihan mengakui isterinya banyak mengeluarkan belanja memandangkan dia sudah bekerja pada waktu itu.

“Terima kasih untuk isteri sebab banyak support semasa saya belajar tingkatan enam, walaupun sekejap. Dia kerja kilang, Saya belajar, so setiap kali dating masa tu memang guna duit dia.

“Even kami tak ada apa-apa ikatan rasmi tapi dia tak kisah nak membelanjakan apa-apa untuk saya. Isteri jugalah yang membantu saya mengenali TUDM dan memupuk minat saya dalam askar.

 

sajagempak.com - “Setiap kali dating memang guna duit dia” - Kenal Dari Form 2, Pasangan Berlainan Uniform Ini Akhirnya Menjadi Suami Isteri

Kisah Zaihan dan isteri mendapat perhatian ramai setelah ia dikongsi di Twitter. (Foto: Ceritera Photography)

“Dia tunggu saya enam bulan, setiap bulan kami saling pos surat. Tapi di atas semuanya, ibu bapa sayalah yang utama. Tanpa mereka siapalah saya. Tanpa support mereka, saya pun tak ke mana.

“Saya bersyukur saya jumpa dia. Tak pernah saya jumpa perempuan yang sanggup susah senang dengan saya,” ujarnya lagi.

Menurut Zaihan, tuntutan tugas memaksa mereka berjauhan kerana dia kini menetap di Puchong, Selangor, jauh dari isterinya di Pekan Nanas, Johor.

Kisah pasangan itu mendapat perhatian ramai selepas dikongsi di Twitter oleh Zaihan sehingga menerima lebih 7,200 ulang kicau (Retweet).

Sumber : mStar

Facebook Comments Box