Sihir Dihantar Guna Pos Laju, Lelaki Terkejut Menerima Barang Pos Mengandungi Gambar, Paku Dan Kain Kuning Dijampi

Sihir Dihantar Guna Pos Laju, Lelaki Terkejut Menerima Barang Pos Mengandungi Gambar, Paku Dan Kain Kuning Dijampi. Perbuatan khurafat seperti mengamalkan ilmu sihir adalah salah satu perkara yang dimurkai oleh Allah S.W.T. Lebih-lebih lagi jika pengamalnya menggunakan ilmu tersebut untuk menganiya orang lain kerana perasaan hasad dengki.sajagempak.com - Sihir Dihantar Guna Pos Laju, Lelaki Terkejut Menerima Barang Pos Mengandungi Gambar, Paku Dan Kain Kuning Dijampi

Hantar guna Pos Laju
Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Md Iruwan, dia telah memuat naik satu posting menyatakan menerima satu bungkusan dari penghantaran Pos Laju tanpa sebarang nama pemberi.

Apabila dibuka, Iruwan terkejut kerana bungkusan itu mengandungi paku, dua bentuk ikatan seperti mayat, gambar keluarganya serta dibungkus dengan kain kuning.

sajagempak.com - Sihir Dihantar Guna Pos Laju, Lelaki Terkejut Menerima Barang Pos Mengandungi Gambar, Paku Dan Kain Kuning Dijampi sajagempak.com - Sihir Dihantar Guna Pos Laju, Lelaki Terkejut Menerima Barang Pos Mengandungi Gambar, Paku Dan Kain Kuning Dijampi

Nak isteri gila dan mati
Perkongsian yang dibuat oleh Iruwan itu benar-benar mengejutkannya sekeluarga kerana dia merasakan tidak ada bermusuh dengan sesiapa sehingga dilakukan sebegitu.

Lebih menakutkan, dia mendakwa bahawa si penghantar berniat agar mereka berpisah dan isterinya menjadi gila kemudiannya meninggaI dunia.

sajagempak.com - Sihir Dihantar Guna Pos Laju, Lelaki Terkejut Menerima Barang Pos Mengandungi Gambar, Paku Dan Kain Kuning Dijampi

Tergamak buat macam ni dekat keluarga aku…
Iruwan nyata berasa kesal dengan tindakan tidak berperikemanusiaan si penghantar kerana sanggup melakukan perkara terkutuk tersebut. Namun begitu, dia tidak sesekali berniat untuk membalasnya dan berharap hanya Allah S.W.T yang membalas segala perbuatan hitam itu.

sajagempak.com - Sihir Dihantar Guna Pos Laju, Lelaki Terkejut Menerima Barang Pos Mengandungi Gambar, Paku Dan Kain Kuning Dijampi

Zaman moden pun ada lagi percaya benda2 gini
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah menyuarakan rasa kasihan diatas situasi yang dihadapi oleh Iruwan sekeluarga.

Mereka juga mendoakan agar lelaki tersebut tabah melalui dugaan tersebut serta memperbanyakkan beribadat agar dijauhkan dari anasir-anasir keji yang ingin meruntuhkan mahligai rumahtangganya.

sajagempak.com - Sihir Dihantar Guna Pos Laju, Lelaki Terkejut Menerima Barang Pos Mengandungi Gambar, Paku Dan Kain Kuning Dijampi

Sentiasalah berdamping dengan surah Yassin

sajagempak.com - Sihir Dihantar Guna Pos Laju, Lelaki Terkejut Menerima Barang Pos Mengandungi Gambar, Paku Dan Kain Kuning Dijampi

Semoga Allah lindungi saudara sekeluarga

sajagempak.com - Sihir Dihantar Guna Pos Laju, Lelaki Terkejut Menerima Barang Pos Mengandungi Gambar, Paku Dan Kain Kuning Dijampi

Pada yg buat benda nie, terimo lh balasan tuhan nanti,setahu aku,aku x ada pun musuh.tekejup aku kemarin bukak2 sampul…

Dikirim oleh Md Iruwan pada Selasa, 24 Desember 2019

Sumber : Md Iruwan

Facebook Comments