Jumpa Batu Seberat 17kg Yang Disangka Emas, Rupanya Benda Yang Jauh Lebih Berharga

Pada tahun 2015, seorang lelaki yang dikenali sebagai David Hole mencuba untuk mencari simpanan mineral seperti emas di Maryborough Regional Park dekat Melbourne, Australia. David Hole menggunakan alat pengesan logam dan berjaya menemui satu ketulan batu kemerahan yang agak besar dan membawanya pulang ke rumah.Simpan ‘Emas’ Yang Ditemui Selama Bertahun-tahun, Lelaki Terkejut Mengetahui Batu Itu Ternyata Jauh Lebih Berharga

Di rumah, David mencuba pelbagai cara untuk memecahkan batu tersebut tapi tidak berjaya meskipun sudah mencuba dengan tukul besi, gergaji batu dan pelbagai cara lagi namun batu itu tetap tiada apa-apa. David beranggapan batu tersebut sangat istimewa dan mengandungi emas dan dia pun menyimpannya selama bertahun-tahun.

Selepas beberapa tahun, David mula merasakan batu tersebut yang seberat 17kg mungkin bukan batu yang biasa -biasa dan membuat keputusan untuk membawanya ke Melbourne Museum untuk diperiksa pakar.

Simpan ‘Emas’ Yang Ditemui Selama Bertahun-tahun, Lelaki Terkejut Mengetahui Batu Itu Ternyata Jauh Lebih Berharga

Batu tersebut diperiksa dan diteliti oleh dua ahli geologi Melbourne Museum, Dermot Henry dan Bill Birch dan akhirnya mereka dengan gembira mengesahkan batu itu ialah sebuah meteorit! Penemuan itu memang mengejutkan David Hole dan juga ahli geologi berkenaan.

Batu meteorit seberat 17 kilogram itu dipotong dengan menggunakan alat pemotong berlian dan didapati komposisinya mengandungi kandungan besi dan nikel yang tinggi.

Simpan ‘Emas’ Yang Ditemui Selama Bertahun-tahun, Lelaki Terkejut Mengetahui Batu Itu Ternyata Jauh Lebih Berharga

Menurut Dermot Henry, muzium mereka menjadi tempat ramai orang menghantar batu yang disangka penghantarnya adalah meteorit, namun sepanjang hampir 40 tahun kerja di muzium tersebut, hanya ada dua batu yang dikenalpasti sebagai meteorit dan batu yang dibawa oleh David Hole adalah yang kedua.

Rakannya, Bill Birch pula memberitahu batu-batu yang berasal dari Bumi yang mempunyai saiz yang sama seperti batu meteorit tersebut adalah jauh lebih ringan dan tidak seberat batu meteorit.

Simpan ‘Emas’ Yang Ditemui Selama Bertahun-tahun, Lelaki Terkejut Mengetahui Batu Itu Ternyata Jauh Lebih Berharga

Hal ini disebabkan kandungan nikel dan besi yang tinggi dalam batu meteorit tersebut. Menurut Bill Birch lagi, batu meteorit itu dipercayai jatuh ke Bumi dalam lingkungan masa 200 tahun terdahulu berdasarkan keadaannya.

Kajian selanjutnya juga menganggarkan usia meteorit tersebut adalah 4.6 bilion tahun dan ianya diberi nama Maryborough, sempena nama tempat ia ditemui. Menurut laporan Daily Mail, David Hole telah mendapat pulangan yang lumayan susulan penemuannya itu.

Facebook Comments Box