Gadis Ditinggalkan Oleh Lelaki Gara-gara Tak Puas Hati Gadis Itu Tak Secantik Dalam Gambar. Sudah menjadi lumrah, perkara pertama yang dilihat pada seseorang mestilah penampilannya. Orang kata dari mata jatuh ke hati.
Tidak dinafikan rupa paras adalah tarikan utama namun ada juga yang melihat kecantikan seseorang itu dari hati budinya yang ikhlas. Ini kerana, rupa paras yang cantik tidak kekal lama dibandingkan dengan hati yang tulus.
Seorang pengguna IG berkongsi screenshot dm luahan seorang gadis yang ditinggalkan di kedai mamak hanya kerana dirinya tidak cantik.
Beliau yang berkongsi pengalamannya berkenalan dengan seorang lelaki di IG, tidak lama kemudian mereka bertukar nombor telefon dan menjalinkan hubungan dengan lebih rapat. Lima bulan kemudian, lelaki berkenaan ajak berjumpa.
” One day dia kata jom jumpa. Selepas je dia hantar mesej itu, dia mula hantar ayat-ayat luc#h. Saya kemudian pahal mamat ni tiba-tiba jer. Saya ingatkan dia main-main ke apa.
” Kemudian saya cakap jom, dia ambil saya dengan keretanya.
Gadis ini beritahu sebaik sahaja dia naik kereta, lelaki tersebut hanya diam sahaja. Selang beberapa ketika dia berhenti di sebuah kedai mamak dengan alasan mahu beli roti canai.
” Kemudian sewaktu dalam kereta tu dia diam jer. Dia diam saya lagi lah diam. Saya ingatkan dia pemalu ke apa. Tiba-tiba berhenti kat satu kedai mamak. Dia keluar dan beritahu nak beli roti canai. Lepas order dia masuk balik dalam kereta.
” Selang 5 minit dia minta tolong saya ambilkan roti canai. Tanpa fikir apa-apa saya turun pergi ambil. Masa tengah nak ambil tu ada seorang tegur “dik beg adik cicir tu”. Saya pusing dan tengok beg kat lantai dan lelaki itu dan tiada.
” Masa itu otak dah blank sebab tak pernah orang buat macam tu kat saya. Masa tu saya duduk sekejap kat mamak tu dengan roti canai dah dibungkus.
” Saya cuba hubungi dia tapi anggilan tidak dijawab, lelaki itu hanya sms, “Sorrylah, dalam gambar aku ingat kau cantik, tengok-tengok hod#h. Best tak kena tinggal?”
Ya Allah, kesiannya gadis ini. Kalau tak suka pun, janganlah tinggalkan di kedai mamak macam itu je. Apa salahnya bagi alasan yang lebih logik. Tak guna betul!
*gambar dia atas sekadar hiasan*