Suami Isteri Mahu Memiliki 105 Anak

Pasangan suami isteri di Rusia menjadi tular apabila mendedahkan misi mereka yang mahu memiliki 105 orang anak! Wanita yang dikenali sebagai Christina Ozturk, 23 dan suami, seorang ahli perniagaan Galip Ozturk, 57 berhasrat mahu memiliki keluarga besar dan menambah anak mereka dengan menggunakan ibu tumpang.Suami Isteri Mahu Memiliki 105 Anak

Meskipun sudah memiliki 11 orang anak, namun pasangan suami isteri ini mempunyai keinginan kuat untuk menambah bilangan anak mereka dan sanggup menghabiskan sehingga 800,000 pound sterling (RM4.6 juta) untuk mendapatkan 100 bayi menggunakan kaedah ibu tumpang.

“Buat masa ini, saya mempunyai 10 anak dengan tambahan terbaru, Olivia, yang baru diambil pada akhir bulan lalu,” kata Christina yang turut memberitahu dirinya sendiri yang melahirkan anak sulung, Vika pada 6 tahun lalu.Suami Isteri Mahu Memiliki 105 Anak

“Selebihnya, anak-anak adalah milik kami suami isteri. tetapi menggunakan ibu tumpang,” katanya.

Christina yang berasa dari Moscow merupakan seorang ibu tunggal sebelum bertemu dengan suaminya Galip, seorang jutawan hartanah dan pengangkutan yang berasal dari Turki. Mereka bertemua ketika dia bercuti di bandar tepi laut.

Suami Isteri Mahu Memiliki 105 Anak

Menurut pasangan suami isteri ini, walaupun mereka mendedahkan kepada umum akan target untuk memiliki 105 anak, tetapi mengakui ianya hanya sasaran secara rawak dan semuanya akan ditentukan oleh masa.

“Saya tidak tahu berapa jumlah akhirnya, tetapi kita pasti tidak merancang untuk berhenti pada angka 10.

Suami Isteri Mahu Memiliki 105 Anak

“Kami tidak bersedia untuk membincangkan nombor akhir. Semuanya ada waktunya,” katanya.

Christina dan suaminya tinggal di tinggal di bandar pesisir Batumi di Georgia di mana perkhidmatan ibu tumpang adalah dibenarkan menelan kos sekitar harga sekitar 8,000 euro (RM39,800).

Suami Isteri Mahu Memiliki 105 Anak

Dokumen hitam putih dan undang-undang sangat penting bagi ibu tumpang yang mengandungkan bayi kandung Christina dan Galip Öztürk.

“Klinik di Batumi memilih ibu tumpang untuk kami dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk proses ini,” katanya.

Suami Isteri Mahu Memiliki 105 Anak

Christina juga memberitahu hidup sehariannya tidak pernah bosan kerana seronok menjaga anak-anak yang ramai dan melakukan pelbagai aktiviti dan rutin sebagai seorang ibu penyayang.

Facebook Comments Box