Suami Isteri Membeli Kucing Secara Online, Tapi Dapat Anak Harimau

Beli kucing, tetapi yang tiba anak harimau. Itu kejutan yang diterima oleh suami isteri di Perancis selepas melakukan pembelian haiwan peliharaan itu menerusi platform dalam talian.

sajagempak.com - Suami Isteri Membeli Kucing Secara Online, Tapi Dapat Anak Harimau
Gambar Hiasan

New York Post memetik laporan France Blue melaporkan pasangan dari Le Havre itu membeli kucing liar baka Afrika (Savannah Cat).

Menurut laporan itu, mereka berhasrat membeli kucing liar itu selepas melihat iklan dalam talian, dua tahun lalu.

Malah, mereka membelanjakan 7,000 Euro (kRM34,276) untuk membeli haiwan berkenaan dan mahu memeliharanya dengan cara yang sah.

sajagempak.com - Suami Isteri Membeli Kucing Secara Online, Tapi Dapat Anak Harimau
Savannah Cat

Namun, mereka mengesyaki ada yang tidak kena selepas menerima haiwan berkenaan sebelum mendapati ia rupanya anak harimau Sumatera.

Menurut Tabung Hidupan Liar Sedunia, Harimau Sumatera adalah adalah spesies dilindungi yang diancam kepupusan.

Dianggarkan, hanya kurang daripada 400 ekor haiwan itu di seluruh dunia.

“Di Indonesia, siapa saja yang memburu dan menangkap harimau akan dikenakan hukuman penjara dan denda yang tinggi.

“Namun, masih banyak pihak yang menjual anggota badan haiwan itu (termasuk kulit) di pasaran gelap di Sumatera dan di negara lain di Asia,” kata wakil Tabung Hidupan Liar Sedunia.

sajagempak.com - Suami Isteri Membeli Kucing Secara Online, Tapi Dapat Anak Harimau

Dalam pada itu, pihak berkuasa Perancis sudah menangkap sembilan individu yang dikesan melakukan operasi pemerdagangan harimau berkenaan.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan dari mana asalnya haiwan itu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa percaya anak harimau itu sebelum ini pernah digunakan untuk penggambaran sebuah video lagu rap.

Anak harimau itu dalam keadaan sihat dan sudah diserahkan ke Pejabat Biodiversiti Perancis untuk tindakan lanjut.

Facebook Comments Box