Seorang lelaki sanggup mnampar dan meIudah isterinya hanya kerana wanita terbabit terlambat memasak rendang ayam yang dimintanya.
Insiden itu dilaporkan berlaku di rumah pasangan terbabit di Jalan Pinang, Kampung Melayu, di sini, pada 21 Mac lalu jam 10.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu berlaku apabila suspek berusia 67 tahun tidak berpuas hati dan mnampar pipi isterinya berusia 66 tahun kerana mangsa lambat memasak rendang ayam diminta suaminya itu sebelum mereka terbabit dalam pertengkaran.
“Suspek kemudian duduk di atas badan isterinya termasuk meIudah muka wanita itu. Lelaki itu mahu menCEKlK mangsa namun wanita cuba meIawan mengakibatkan berlakunya pergelutan sehingga mereka terjatuh dari katil.
“Susulan pergelutan itu, wanita berkenaan mengalami sakit pada badan dan Iebam pada dagu sebelah kanan. Namun, mangsa dia tidak dapat memastikan puncanya (sakit/Iebam),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohamad Farouk berkata, suspek adalah seorang pesara yang juga menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis serta memerlukan suntikan insulin empat kali sehari.
“Siasatan yang dilakukan mendapati wanita berkenaan tinggal di rumah bersama suami dan ibu mertuanya yang Iumpuh berusia 86 tahun.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Kegaanasan Rumah Tangga,” katanya.