Suami Keluar Kereta Tak Sampai Seminit, Wanita Cemas Didatangi Lelaki Tidak Dikenali

Suami Keluar Kereta Tak Sampai Seminit, Wanita Cemas Didatangi Lelaki Tidak Dikenali. Pada hari ini, banyak perkara yang tidak diingini boleh berlaku dalam sekelip mata jika kita kurang berhati-hati dan mengambil sikap sambil lewa. Penjenayah mampu melakukan apa sahaja tanpa mengira siapa, di mana dan waktu mereka mahu melakukan jenayah mereka.sajagempak.com - Suami Keluar Kereta Tak Sampai Seminit, Wanita Cemas Didatangi Lelaki Tidak Dikenali

Perkongsian pengguna Facebook Sarah Samat ini mungkin boleh membuka hati ramai pembaca untuk sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling supaya tidak menjadi mangsa penjenayah di luar sana.

Tak terus kunci pintu

Ya Allah! Rasa berdebar, menggigil tak habis lagi dari tadi. Alhamdulillah Allah masih pelihara aku dan anak-anak.

Kejadian baru sahaja terjadi tadi dalam pukul 8 ke 8.30 malam. Kitorang satu family nak keluar pergi Jusco nak beli barang. Husband berhenti sekejap depan Maybank Kapar nak keluarkan duit. Silap aku juga tak terus lock pintu semasa dia keluar.

sajagempak.com - Suami Keluar Kereta Tak Sampai Seminit, Wanita Cemas Didatangi Lelaki Tidak Dikenali

 

Tiba-tiba ada motor berhenti

Tiba-tiba ada seorang lelaki naik motor berhenti sebelah kereta dan dengan selamba buka pintu depan. Aku yang duduk second row secara spontan menjerit ‘hoi nak apa’!.

Terkial-kial aku nak buka seatbelt terus jengah ke depan. Dia kata ada RM10 tak, aku cakap tiada. Cepat-cepat terus tutup pintu dan lock.

Buka pintu kali kedua

 

Orang tu tak beredar lagi, dia nampak pula Stella duduk dekat carseat dia tepi tingkap tengah pegang handphone tengok Didi. Dengan beraninya dia cuba buka pintu kali kedua.

sajagempak.com - Suami Keluar Kereta Tak Sampai Seminit, Wanita Cemas Didatangi Lelaki Tidak Dikenali

Nasib pintu dah lock, aku dengan sepantas kilat tekan hot kuat dan lama. Orang tu dah gabra, kelam-kabut cabut. Lepas tu husband pun keluar dari bank tapi tak tahu cerita lagi. Tak dapat bayang kalau dia ada pegang besi ke kayu, buatnya dia pecahkan cermin ke, nauzubillahminzalik.

Kejadian ini berlaku tidak sampai seminit pun husband turun kereta, kena berhati-hati sentiasa. Keadaan sekarang tak macam dulu. Banyak orang jahat tak kira bangsa apa sekalipun.

Sumber: Facebook Sarah Samat

Facebook Comments Box