Suami Kena Sailang Oleh Mak Sendiri

Seorang wanita tidak dapat menerima hakikat apabila dikhianati dua insan tersayang iaitu ibu dan suami yang menjalin hubungan tanpa pengetahuannya. Lauren Wall , 34, dari Twickenham berkahwin dengan seorang kakitangan lapangan terbang, Paul White, ketika berusia 19 tahun.

sajagempak.com - Suami Kena Sailang Oleh Mak Sendiri

Lebih pilu, ibunya, Julie, 53, sanggup menaja perkahwinannya 15,000 Pound Sterling (RM79,000), malah dibawa berbulan madu ketika dua minggu perkahwinannya.

Lapan minggu kemudian, suaminya Paul bertindak keluar rumah dan lapan bulan kemudian dia diberitahu ibunya selamat melahirkan bayi suaminya sekali gus mengumumkan mereka bersama.

Lauren berkata, Paul selalu bersikap baik dengan ibunya dan tidak menganggap ada perkara pelik berlaku.

“Saya tidak akan memaafkan kedua-duanya, malah tidak pernah mengesyaki hubungan mereka kerana dia adalah ibu mentua kepada suami dan mereka hanya bersahabat.

sajagempak.com - Suami Kena Sailang Oleh Mak Sendiri
Julie (Ibu Lauren)

“Mereka banyak ketawa bersama. Saya tidak fikir akan bimbang sama sekali. Siapa sangka ketika dakwat pada sijil perkahwinan kami masih belum kering, Paul sudah berubah,” katanya.

Menurutnya, suaminya sangat menjaga telefon bimbitnya dan empat minggu kemudian adiknya menggunakan telefon ibunya dan menemui perbualan antara Julie dan Paul.

Sebaik dia bertanya ibunya, wanita itu mengatakan dia gila.

“Apabila saya bersemuka dengan Paul, dia menafikan dan tidak membenarkan saya melihat telefonnya.

sajagempak.com - Suami Kena Sailang Oleh Mak Sendiri
Paul Dan Julie semasa bercuti di Kuala Lumpur

“Kemudian, Paul menanggalkan cincin perkahwinan dan keluar rumah meninggalkan saya dan anak perempuan berusia tujuh bulan,” katanya.

Katanya, apabila dia mendengar suaminya berpindah ke rumah ibu, dia tidak sangka orang yang paling dipercayai sanggup mengkhianatinya di dunia ini.

“Memang gila, ini perkara paling teruk seorang ibu lakukan kepada anak perempuannya,” katanya.

sajagempak.com - Suami Kena Sailang Oleh Mak Sendiri

Lauren sekarang sudah menjumpai pengganti Paul, tetapi mengaku dirinya kini agak susah untuk mempercayai seseorang susulan apa yang berlaku kepadanya

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box