Suami Tuduh Penghantar Makanan Memarahi Isterinya Dan Terus MemukuInya Dengan PenukuI Besi.Penganggur berusia 31 tahun ditahan kerana disyaki memukuI penghantar makanan dalam kejadian di perkarangan sebuah pangsapuri di Bayan Lepas, di sini, semalam.
Kejadian itu menyebabkan mangsa menerima sembilan jahitan di kepala akibat dipukuI dengan penukul besi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, terdahulu ketika kejadian, mangsa yang juga lelaki berusia 40 tahun menghantar makanan yang ditempah seorang wanita iaitu pada 4.10 petang.
Sebaik tiba, penghantar makanan terbabit menunggu lama pelanggannya itu di lokasi bagi menyerahkan makanan.
“Penghantar makanan itu menghubungi wanita berkenaan berkali-kali bagi memaklumkan bahawa dia sudah tiba di lokasi namun panggilan tidak dijawab.
“Wanita terbabit datang bagi mengambil makanan 10 minit kemudian sebelum penghantar makanan berkenaan beredar pulang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Soffian berkata, kira-kira 20 minit kemudian mangsa dihubungi suspek yang juga suami wanita itu, kononnya mahu memulangkan semula makanan.
Ketika tiba di perkarangan rumah suspek, berlaku pertengkaran antara pengganggur itu dengan mangsa.
“Suspek menuduh mangsa memarahi isterinya berkaitan penghantaran makanan dan berlaku pertengkaran antara kedua-duanya. Suspek kemudian memukuI kepala mangsa dengan menggunakan penukuI besi,” katanya.
Susulan laporan polis yang dibuat mangsa, Soffian berkata, suspek ditahan di rumahnya pada 11.15 malam tadi.
“Turut dirampas ialah penukul besi yang digunakan sebagai senjata bagi memukuI mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan permohonan reman akan dibuat ke atas suspek bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya. – Harian Metro