Sudah Diet Tapi Berat Makin Naik, Pemilik Kucing Meminta Orang Ramai Berhenti Beri Kucingnya Makan

Seorang pemilik kucing menyeru meminta tolong daripada orang ramai agar berhenti memberi kucingnya makan. Walaupun mungkin kedengaran sedikit aneh, tetapi wanita yang dikenali sebagai Sheena Wilson mempunyai sebabnya yang tersendiri untuk berbuat sedemikian.Sudah Diet Tapi Berat Makin Naik, Pemilik Kucing Meminta Orang Ramai Berhenti Beri Kucingnya Makan - sajagempak.com

Hal ini kerana saiz badan kucing yang menjadi makin hari makan berisi dan gemuk membuatkan wanita ini risau akan kesihatan kucing kesayangannya itu. Wanita ini mahu kucingnya diet demi kesihatan dan juga mengekalkan kecergasan kucing baka British Blue short-hair  miliknya.

Namun begitu meskipun sudah menjalani diet dan pola makan yang teratur, namun saiz dan berat badan kucingnya langsung tidak berkurang malah makin membesar sehingga 7.5kg! Tak cukup dengan itu, kucing ini juga sudah tidak muat untuk masuk ke pintu khas yang dibuat untuk akses masuk ke rumah.Sudah Diet Tapi Berat Makin Naik, Pemilik Kucing Meminta Orang Ramai Berhenti Beri Kucingnya Makan - sajagempak.com

Akibatnya kucing ini akan mencakar-cakar pintu jika dia ingin untuk masuk ke rumah dan menunggu pemiliknya membawa dia masuk. Berat yang ideal untuk jenis kucing yang dimiliki oleh Sheena Wilson adalah di sekitar 5kg.

Bingung dengan keadaan kucingnya, pemilik kucing akhirnya menyedari ada orang yang memberi kucingnya makan dan menyebabkan program dietnya tidak berjaya.

Pemilik kucing ini memberitahu kucingnya pandai berlakon meminta simpati orang ramai di luar dengan berpura-pura seolah-olah diabaikan oleh tuannya dan tidak diberi makan, dan sebab itulah dia sentiasa tidak putus bekalan makanan.

Tambahan pula, rupa parasnya yang sememangnya gebu dan comel sangat membantu untuk mempengaruhi orang lain agar kesian dan memberikan makanan kepadanya. Aduhhh!Sudah Diet Tapi Berat Makin Naik, Pemilik Kucing Meminta Orang Ramai Berhenti Beri Kucingnya Makan - sajagempak.com

Perkongsian Sheena Wilson ini kemudiannya menjadi tular dan rata-rata netizen faham apa masalah yang dihadapi oleh Sheena. Rata-rata netzen memuji kecomelan kucing miliknya dan salah seorang netizen pula berseloroh mengatakan kucing itu seakan-akan mahu makan biskut, keju dan krim sebelum tidur.

Kucing yang terlalu gemuk atau obesiti berisiko untuk mendapat penyakit jantung. Saiz badan yang besar kemungkinan membuatkan kucing lebih suka bermalas-malasan, malas untuk bergerak dan menyebabkan jantung jadi lemah.

Semoga kucing ini akan boleh diet dan kekal sihat dan comel.

Facebook Comments Box