Suri Rumah Jana RM18,000 Bermain Game Di Facebook

Suri Rumah Jana RM18,000 Bermain Game Di Facebook. Roslinda Embran atau lebih dikenali sebagai Lynda Embran merupakan seorang ‘gaming video creator’ di Facebook.sajagempak.com - Suri Rumah Jana RM18,000 Bermain Game Di Facebook

Walaupun bermula dengan hanya lima orang ‘viewer’ sahaja, beliau tidak berputus asa dan terus mencuba sehingga pendapatan pertamanya mencecah RM18,000.

“Mereka kata buat apa main game ni, lebih baik masak dekat dapur. Saya jawab senang je ini kerja saya.

“Saya main game menjana pendapatan untuk saya dan keluarga saya sokong saya.

“Pertama kali gaji saya dapat dalam RM18 ribu. Tak pernah terfikir akan dapat gaji banyak macam ni,” katanya.sajagempak.com - Suri Rumah Jana RM18,000 Bermain Game Di Facebook

Menurut Lynda, kalau dahulu dia cuma mengharapkan duit yang diberikan oleh suaminya sahaja tetapi kini, dia mampu memiliki wang sendiri.

“Kalau dulu harapkan duit suami je. Kontrak kita ikut ‘viewers’, kalau kita stream setiap hari, Facebook nampak contact untuk jadi partner,” katanya.

sajagempak.com - Suri Rumah Jana RM18,000 Bermain Game Di FacebookLynda turut meninggalkan pesan kepada anak-anak muda yang bercita-cita untuk mengikuti jejaknya sebagai gamer.

Katanya, untuk berjaya jangan sesekali berputus asa dan terus berusaha sekalipun gagal untuk beberapa kali.

sajagempak.com - Suri Rumah Jana RM18,000 Bermain Game Di Facebook

“Mula-mula pasang impian dulu, tak salah mencuba sebenarnya, anak muda yang nak jadi streamer kena usaha dan buktikan.

VIDEO:

“Sebelum berjaya sebenarnya ada kegagalan. Susah untuk pertama kali terus dapat kejayaan, mesti gagal dulu,” katanya.

Facebook Comments Box