Selepas Susah Payah Jaga Suami Lumpuh Hingga Sihat, Tapi Keluarga Mentua Minta Wanita Ini Berpisah Dengan Suaminya.
Masih ingat lagi tak kisah wanita yang dikenali sebagai Ayu yang setia berada di sisi suami meskipun suaminya terlantar koma selama beberapa bulan? Perkembangan terkini, suaminya Muhammad Ridzwan Muhd Zaki yang sebelum ini tidak mampu bertutur, sekarang sudah boleh bercakap seperti biasa.
Namun ada satu perkembangan lain yang mengejutkan mengenai pasangan suami isteri ini. Terbaharu, apabila keadaan si suami, Ridzwan yang sudah semakin sihat atas jagaan isterinya itu, ada pihak lain yang sedang cuba memisahkan pasangan itu.
Perkembangan itu sememangnya agak mengejutkan apatah lagi pihak berkenaan merupakan keluarga mentuanya sendiri.
Meskipun Ayu setia berada disisi suami sampai sekarang,keluarga mentua dipercayai mengunakan alasan Ayu pernah dituduh khalwat hingga tular suatu ketika dahulu. Keluarga menggunakan alasan itu untuk mereka mendapatkan hak jagaan terhadap suaminya Ridzwan.
Tak faham kenapa nak runtuhkan rumah tanggan anak menantu.. mungkin mereka fikir boleh dapat menantu lagi baik..?
Kalau betul dia nak tinggalkan suami, awal-awal dulu dah buat dan tak payah penant-penat nak jaga sampai sihat..
Menurut Ayu, mereka tengah ada kes di mahkamah dan apa pun keputusan nanti, dia kena terima. Semoga masalah pasangan ini diberikan penyelesaian yang terbaik buat semua pihak.
Sumber: Tiktok @sitirohayu303