Wanita Yang Sakit Tabahkan Diri Pakai Mekap Tebal Hanya Kerana ‘Boyfriend’ Nak Datang Melawat Di Hospital. Sudah menjadi lumrah bagi setiap wanita menginginkan rupa wajah yang cantik walaupun tidak menggunakan sebarang make up.
Sekarang pula memang dah banyak cara untuk sesiapa sahaja belajar untuk mengenakan make up dekat wajah masing-masing.
Baru-baru ni, tular dekat laman media sosial mengenai seorang wanita yang mengenakan make up di wajahnya walaupun sedang terlantar sakit dekat hospital.
Menurut portal sosok, wanita berkenaan telah memakai make up adalah disebabkan oleh teman lelakinya ingin datang melawat dia di hospital.
Dia turut berkata bahawa teman lelakinya sempat mengirim pesanan di mana dia hendak datang melawatnya. Oleh yang demikian, dengan kudrat daya yang tinggal, wanita ini tetap menghiaskan diri sebelum teman lelakinya itu sampai.
Boleh nampak ada alat bantuan pernafasan yang disambungkan ke hidung wanita ini,
Namun, ‘kesakitan’ yang dialaminya tidak menghalang wanita ini untuk mengenakan make-up apabila BF mahu melawatnya.
Dalam gambar itu juga jelas kelihatan wanita tersebut memang sedang berada di hospital dan ada ada alat bantuan pernafasan bersambung di hidungnya.
Namun, solekan yang dikenakan itu boleh dikatakan agak keterlaluan bagi orang yang tengah sakit.
Fuh, sakit-sakit pun boleh buat solekkan macam tu kan. Takpa, kalau BF dia memang suka dia bukan sebab solekkan, InshaAllah dia akan terima seadanya. Mungkin wanita ini memang jenis yang betul-betul sayangkankan BF dia, tu sebab dia sanggup buat macam tu kan meskipun dalam keadaan yang tidak berapa sihat.
Kalau korang ,sanggup ke nak buat macam wanita ni? Emmm, rasanya kalau nak make-up sekalipun, tak perlulah tebal sampai macam ni kan, hehe
Sumber: Lobak Merah