Tahniah! Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Sudah Bertunang

Tahniah! Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Sudah Bertunang! Siapa sahaja yang tidak mengenali pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli yang dikhabarkan bakal melangsungkan perkahwinan pada pertengahan tahun ini, betul tak?sajagempak.com - Tahniah! Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Sudah Bertunang

Hari ini, para peminat dikejutkan pula dengan berita Uqasha Senros telah dirisik oleh Kamal Adli!

Menerusi ‘posting’ adiknya iaitu Raysha Rizroze di Insta Story, dia memuat naik gambar serta video memaparkan bakal pengantin berusia 29 tahun itu memakai busana serba putih lengkap dengan kain layah sambil bergambar bersama ahli keluarga.

sajagempak.com - Tahniah! Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Sudah BertunangBukan itu sahaja, pereka fesyen Shanell Harun turut memuat naik video bintang drama Perempuan Tanpa Dosa itu sedang membuat persiapan sebelum majlis itu berlangsung.

sajagempak.com - Tahniah! Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Sudah Bertunang

Melalui video berkenaan, wajah Uqasha dilihat berseri-seri seperti seorang puteri raja yang bakal menemui si putera, penyeri hidup dan penghuni hatinya.

sajagempak.com - Tahniah! Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Sudah BertunangTerdahulu, pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu dilamar oleh kekasihnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35 sewaktu di Anugerah Meletop Era.

VIDEO:

Baru-baru ini, mereka mengumumkan bakal mengadakan 3 kali majlis resepsi termasuk 1 dikhaskan untuk para peminat. Tahniah Uqasha & Kamal Adli! Tak sabar nak tunggu hari bahagia pasangan ni.

Sumber: Instagram Raysha Risroze, Shanell Harun

 

Facebook Comments Box