Tak Payah Mesin Rumput, Gunakan Teknik Campuran Bahan Ini, Rumput Mati Cepat

Tak Payah Guna Mesin Rumput Dah, Campurkan Bahan-bahan Ini, Rumput Dah Mati. Musim hujan ni cepat je rumput di halaman rumah tumbuh, baru potong dengan mesin rumput dua minggu lepas dah naik balik. Kalau dibiarkan terlalu lama akan mengundang haiwan seperti ular dan tikus bersarang.sajagempak.com - Tak Payah Guna Mesin Rumput Dah, Campurkan Bahan-bahan Ini, Rumput Dah Mati

Haiwan merbahaya ini silap-silap boleh mengancam nyawa, sudah banyak kes patukan seperti ular tedung yang membawa maut. Sebelum apa-apa berlaku cepat-cepat bersihkan kawasan semak di belakang rumah anda.

Bukan sahaja semak samun tapi kawasan rumah yang tidak bersih dan banyak sampah juga boleh dijadikan tempat berteduh atau tempat tinggal hawian berkenaan. Bersihkan selalu kawasan rumah dengan selalu membuang atau bakar benda-benda yang tidak digunakan lagi.

Ada banyak cara mengatasi masalah rumput yang tumbuh dikawasan rumah seperti memotong dengan mesin rumput, sembur dengan racun rumpai dan sebagainya. Melalui perkongsian Muhammad Najib, beliau berkongsi cara mudah mengatasi masalah rumput liar hanya dengan menggunakan dua bahan yang terdapat di rumah anda.

Paling penting ianya selamat digunakan dan tidak membahayakan alam sekitar dan manusia.

Bahan-Bahannya ialah:

sajagempak.com - Tak Payah Guna Mesin Rumput Dah, Campurkan Bahan-bahan Ini, Rumput Dah Mati

  1. Cuka Masakan
  2. Sabun Cecair Pencuci Pinggan
  3. Alat Penyembur (Spray)

Cara Membuat:

1. Tuangkan cuka masakan ke dalam alat penyembur lebih kurang 5-7 sudu, lebih banyak lagi power kesannya

2. Setelah itu, isikan 5 atau 6 sudu besar sabun cecair pencuci pinggan kedalam alat penyembur tersebut.

3. Kemudian, semburkan ia pada kawasan rumput liar tersebut secara menyeluruh. Lebih baik sembur pada waktu pagi

Untuk pengetahuan, cuka masakan mengandungi asid asetik yang boleh membuatkan rumput liar mudah mati. Sabun pencuci pinggan pula bertindak sebagai ejen pelekit yang memastikan cuka yang disembur, tidak cepat kering dan melekat pada rumput liar tersebut.

sajagempak.com - Tak Payah Guna Mesin Rumput Dah, Campurkan Bahan-bahan Ini, Rumput Dah Mati

Sembur cukup sekali, selepas seminggu hasilnya rumput akan bertukar warna coklat, akarnya menjadi kering dan mudah dicabut. Jika belum kering sepenuhnya, anda boleh sembur sekali lagi sehingga rumput betul-betul kering dan mati.

Selamat mencuba! semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda. Jangan lupa kongsikan kepada kawan-kawan anda. terima kasih.

Sumber: Muhammad Najib

Facebook Comments