Tak Puas Hati Rating Jatuh Kerana Aduan Penghantaran Lambat

Peniaga Online Menyeraang Pelanggan Kerana Buat Aduan Lewat Hantar Barang Yang Dipesan. Seorang peniaga berang perkhidmatan perniagaannya menerima aduan lalu bertindak menyer4ng dan memukuI pelanggan wanita terbabit sehingga mengalami kecede raan, lapor Daily Mail.sajagempak.com Tak Puas Hati Rating Jatuh

Peniaga berkenaan yang dikenali sebagai Zhang, tidak puas hati selepas pelanggannya, Xiao Die, membuat aduan atas kelewatannya menghantar barangan yang telah dipesan pada 20 Disember lalu masih belum sampai ke rumahnya.

Difahamkan, Xiao Die membeli sehelai pakaian berharga 300 yuan dari laman Alibaba Taobao pada 20 Disember lalu ketika jualan penghabisan stok akhir tahun.

Namun, barangan itu masih belum sampai ke alamat rumahnya selepas tiga hari sudah berlalu.

Kesal dengan kelewatan itu, Xiao Die kemudian membuat aduan kepada pihak Taobao dan tindakannya itu membuatkan rating peniaga terbabit jatuh 12 mata.

sajagempak.com - Peniaga Online Menyerang Pelanggan Wanita Kerana Buat Aduan Lewat Hantar Barang

Berang dengan aduan yang diterima, Zhang kemudian mengambil keputusan untuk mencari pelanggannya itu dan mahu memberi pengajaran kepadanya. Malah Zhang sanggup menempuh perjalanan sejauh 852 kilometer untuk berjumpa dengan Xiao Die.

27 Disember, Zhang telah menemui pelanggannya itu lalu bertindak menyer4ngnya dengan memukuI mangsa di bahagian muka, badan dan menolaknya sehingga terjatuh ke jalan raya. Beberapa orang awam turut menyaksikan kejadian itu, namun tiada sesiapa yang tampil untuk membantu mangsa mahupun menghalang suspek dari terus memukuI mangsa.

Mangsa yang tidak berdaya meIawan lelaki itu mengalami kec3deraan di bahagian muka dan badan, gegaran 0tak dan patah tuIang sikit tangan kiri.

sajagempak.com - Peniaga Online Menyerang Pelanggan Wanita Kerana Buat Aduan Lewat Hantar Barang

Xiao Die tidak menolak kemungkinan lelaki itu adalah pemilik kedai online tempatnya membeli pakaian tempoh hari. Katanya lelaki itu juga telah menghantar mesej berbentuk ugut@n dan ancaman kepadanya pada 23 Disember, selepas dia membuat aduan berhubung kelewatan penghantaran barangnya.

VIDEO:

Kredit video: Daily Mail

Susulan kejadian itu, polis telah berjaya menahan lelak itu yang kemudian dikenakan hukuman penjara selama 10 hari. Sementara itu, jurucakap Taobao pula mengesahkan pihaknya telah membuang akaun Zhang di atas tindakannya yang tidak bertanggungjawab itu.

Facebook Comments Box