Taman Tarikan Pelancong Paling Ditakuti Di Dunia Ini Ditutup 90 Hari Disebabkan Gambar-Gambar Yang Menggerunkan Netizen

Sebut saja buaya, mesti ramai yang terbayang akan haiwan pemangsa menggerunkan dan menimbulkan rasa gentar pada mereka. Meskipun ada yang merasa takut, tetapi ramai orang yang mahu melihat dengan mata sendiri haiwan yang dikenali sebagai buaya ini. Terdapat banyak tamau-taman buaya yang diusahakan di dunia ini untuk menempatkan buaya-buaya dalam satu tempat serta dijadikan salah satu tarikan pelancong.sajagempak.com - Taman Tarikan Pelancong Paling Ditakuti Di Dunia Ini Ditutup 90 Hari Disebabkan Gambar-Gambar Yang Menggerunkan Netizen

Pengusaha atau pemilik taman buaya adalah bertanggungjawab memastikan keselamatan para pengunjung terjamin apabila berada di taman mereka. Beberapa tahun dahulu dunia pernah dikejutkan dengan gambar-gambar viral pelancong di taman yang dikenali sebagai Elephant Kingdom, Thailand yang menggerunkan sesiapa sahaja yang melihatnya.

Gambar-gambar itu memaparkan gambar pelancong memberi makan buaya di tengah sebuah kolam dan ianya sangat menggerunkan apabila semua buaya mengerumuni sebuah rakit terapung menantikan habuan mereka.

Rakit tersebut kelihatan terapung dengan menggunakan tong plastik dan hanya berada beberapa inci daripada buaya-buaya yang mempunyai saiz 10 kaki tersebut.

sajagempak.com - Taman Tarikan Pelancong Paling Ditakuti Di Dunia Ini Ditutup 90 Hari Disebabkan Gambar-Gambar Yang Menggerunkan Netizen

Mereka kelihatan memberi makan daging, seakan-akan memancing, kepada buaya-buaya tersebut dengan menggunakan rotan.

Kejadian itu dirakamkan di Elephant Kingdom, Chonburi Thailand. Gambar tersebut menimbulkan banyak tanda tanya dan ketidak puasan hati kerana ia sangat membahayakan buat pengunjung.

sajagempak.com - Taman Tarikan Pelancong Paling Ditakuti Di Dunia Ini Ditutup 90 Hari Disebabkan Gambar-Gambar Yang Menggerunkan Netizen

Gambar yang menjadi viral pada tahun 2016 itu diambil oleh seorang penunggang motosikal yang terkejut melihat kejadian itu dan memuat naik ke media sosial. Jon, 40 tahun, berkata “Saya tidak pernah melihat perkara sebegini. Ia kelihatan amat bahaya, dan saya terus mengambil gambar mereka. Ada di kalangan mereka yang kelihatan takut, dan ada yang kelihatan sedang dalam keseronokan.

Elephant Kingdom telah selama 3 bulan untuk tujuan pemeriksaan keselamatan selepas itu sebelum dibuka semula.

Facebook Comments Box