Tegur Suami Pasal Buku Klinik Koyak, Wanita Diceraikan Hanya Selepas 13 Hari Melahirkan Anak

Seorang wanita langsung tidak menyangka tindakannya menegur suaminya kerana buku temu janji klinik koyak telah menyebabkan dirinya diceraikan oleh suami. Apa yang lagi menyedihkan adalah dirinya diceraikan ketika masih dalam pantang selama 13 hari selepas baru sahaja melahirkan anak ketiga.Tegur Suami Pasal Buku Klinik Koyak, Wanita Diceraikan Hanya Selepas 13 Hari Melahirkan Anak

Wanita berusia 26 tahun yang tinggal di Flat Taman Semarak 2, Nilai dan berasal dari Sabah itu mengalami tekanan dan kemurungsan teruk hingga menyebabkannya hampir memb*nuh diri. Mujurlah jiran-jirannya segera datang membantu dan berjaya menyelamatkannya.

“Saya tak tahu kenapa hanya disebabkan masalah kecil itu dia terus menceraikan saya dengan talak satu.

“Yang saya paling sedih kerana anak kami baru saja dilahirkan dan belum sempat merasa kasih sayang seorang bapa,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya.

Wanita ini juga berdepan dengan masalah kewangan yang teruk lebih-lebih lagi ketika PKP dan menurutnya selama ini semua bil api, air, sewa rumah ditanggung sepenuhnya oleh bekas suami dan kini dia sudah tiada tempat bergantung.

Menurutnya ini adalah penceraian kedua mereka selepas bercerai pada tahun 2018 namun kembali rujuk semasa masih dalam tempod edah. Hubungan mereka juga agak baik selama 4 tahun perkahwinan.

Tegur Suami Pasal Buku Klinik Koyak, Wanita Diceraikan Hanya Selepas 13 Hari Melahirkan Anak

Suaminya yang bekerja sebagai operator kilang hanya menerima separuh gaji sahaja sejak dua bulan lepas. Mereka sekeluarga disahkan positif covid-19 dan diarahkan menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari di rumah.

“Saya rasa mungkin dia tertekan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini kerana tak dapat bekerja seperti biasa dan kemuncaknya bila dia terpaksa menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari kerana positif Covid-19”

Namun wanita ini langsung tidak menyangka tegurannya kepada suami yang membiarkan buku temu janji klinik anaknya koyak telah menyebabkan dirinya diceraikan.

Walaubagaimanapun, wanita ini meluahkan hasratnya untuk memulakan hidup baru dengan anak-naak dan tidak mahu mengenangkan apa yang berlaku. Meskipun begitu, dia meluahkan rasa bimbang kerana tidak tahu cara untuk membayar sewa rumah dan bil utiliti kerana selama ini semuanya ditanggung oleh suami.

Baru-baru ini, keluarga wanita ini menerima kunjungan daripada Muzaliza Musa iaitu pengurus Semarak Resourse Centre yang merupakan pusat komuniti flat berkenaan.

Jelas Muzaliza, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan turun pandang membantu keluarga ini dan sekiranya ada mana-mana individu yang ingin memberi bantuan boleh salurkan ke akaun Maybank 1562-2636-2529 atas nama Nurmila.

Kredit: Sinar Harian

Facebook Comments Box