Telatah Kucing Berjalan Jumpa Rumput Buat Ramai Tergelak, Muka Dia Macam Konpius Fikir Dia Kucing Atau Buaya

Jika kita melihat atau merasai pengalaman berada di satu tempat buat pertama kali seperti pertama kali melancong ke luar negara, mungkin ada perkara yang membuatkan kita berasa kagum dan juga rasa was-was.sajagempak.com - Telatah Kucing Berjalan Jumpa Rumput Buat Ramai Tergelak, Muka Dia Macam Konpius Fikir Dia Kucing Atau Buaya

Pada masa sekarang, tidak dinafikan terdapat ramai kucing belaan manusia yang jenis ‘indoor’ dan mungkin ada diantaranya yang jarang atau langsung tidak pernah melihat rumput.

Mungkin itulah yang dirasai oleh kucing berwarna oren ini apabila berlekakuan agak aneh ketika berada diatas rumput.

Menerusi satu video tular yang dimuatnaik oleh @rostikadewi4 itu, kelihatan seekor kucing oyen yang  dikatakan sudah agak lama tidak keluar atau dibawa keluar rumah.

sajagempak.com - Telatah Kucing Berjalan Jumpa Rumput Buat Ramai Tergelak, Muka Dia Macam Konpius Fikir Dia Kucing Atau Buaya

Dalam video itu, kucing berkenaan kelihatan tidak biasa berjalan di atas padang yang luas itu dan kelihatan was-was dan mungkin juga sedikit takut.

Akibatnya, kucing itu seolah-olah bertukar menjadi buaya apabila berjalan dengan gaya seperti merangkak atau mengensot diatas rumput dan tidak berjalan seperti kucing normal.

sajagempak.com - Telatah Kucing Berjalan Jumpa Rumput Buat Ramai Tergelak, Muka Dia Macam Konpius Fikir Dia Kucing Atau Buaya

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan tergelak melihat gaya kucing ini berjalan. Ada juga yang menyamakan cara berjalannya seperti haiwan lain seperti buaya, ular dan kura-kura.

VIDEO:

Malah ada yang berseloroh mengatakan ini semuanya aneh kerana biasanya kucing ‘oyen’ ini agak dikenali dengan sifatnya yang nakal dan berani, tapi yang ini macam takut-takut pula. Antara komen-komen netizen:sajagempak.com - Telatah Kucing Berjalan Jumpa Rumput Buat Ramai Tergelak, Muka Dia Macam Konpius Fikir Dia Kucing Atau Buaya

 

Apa-apapun, kucing ini tetap kelihatan comel kan.

Facebook Comments Box