Seorang wanita mengalami detik ngeri dalam hidupnya apabila telinganya dimasuki seekor lipas! Lipas merupakan salah satu serangga yang sering kita jumpa di rumah terutamanya apabila keadaan rumah kotor dan jarang dibersihkan. Sebut saja lipas, mesti ramai yang berasa geli dan ada juga yang takut melihat serangga ini terutamanya jika lipas ini tiba-tiba saja terbang bukan, hehe.
Jika nyamuk bingit di tepi telinga pun kita dah rasa bengang dan tak selesa, anda boleh bayangkan tak kalau lipas masuk dalam telinga dan tinggal di situ beberapa hari? Fikirkan saja pun sudah tak sanggup nak bayangkan.
Namun itulah yang dialami oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Katie Holley ini. Ketika dia sedang tidur, seekor lipas telah datang dan masuk ke dalam telinganya. Dia terbangun kerana merasakan ada orang meletakkan sesuatu yang sejuk ke dalam telinganya.
Katie berasa macam ada sesuatu pergerakan dalam telinganya dan segera mengambil cutton bud dan cuba mengorek telinganya. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati 2 kaki lipas melekat di kapas.
Katie segera memanggil suaminya dan memintanya membantu memeriksa telinganya dan kemudian suaminya mengesahkan ada lipas berada dalam telinganya.
Mereka kemudian segera pergi ke hospital untuk mendapatkan pertolongan doktor untuk membantu mengeluarkan lipas tersebut dari telinga Katie.
Doktor kemudian memeriksa dan menyapukan ubat kebas untuk membunuh lipas dalam telinga dan kemudian mengeluarkan tiga lagi bahagian badan serangga tu.
Tapi ianya tidak berakhir di situ apabila Katie mengadu telinganya masih terasa sakit selepas 9 hari dan membuat keputusan untuk berjumpa semula dengan doktor. Katie terkejut apabila diberitahu doktor tersebut bahawa masih ada lagi sisa-sisa badan lipas yang berjaya dikesan dalam telinganya.
“Dengan menggunakan peralatan yang kelihatan seperti gunting besar, pakar terbabit mengeluarkan kepala, anggota badan lain dan sesungut,” – kata Katie.
Akhirnya sisa-sisa badan lipas yang sebanyak 6 bahagian yang tertinggal dalam telinganya berjaya dikeluarkan oleh doktor.